Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Sarapan Pagi di Sri Petaling

Imej
Ahad lepas, saya dengan tunang saya mencuba sarapan di sebuah gerai di Seri Petaling. Dekat-dekat dengan Bukit Jalil tu. Hari tu nak hantar tunang saya ke Pudu sebab dia nak balik Perak dah, jadi kami pun sarapan lah dulu. Hari sebelum tu saya dah pergi sorang-soarang lah, tapi ramai Ya Rabbi, dah la hujan, so kerusi meja yang diluar tak boleh pakai lah. ~ Orang ramai sedang memilih lauk nasi lemak~ Em yang best, ada nasi lemak pelbagai lauk, sedap jugak terutama sambal dia, manis-manis pedas. Roti canai pun ada, kuih muih dan lontong. Kawasan dia kecil sahaja tapi ramai orang dari pelbagai kaum, mahal jemaah tabligh pun ramai (kebetulan dekat dengan masjid pusat tabligh). Kalau mahu cuba, boleh lah pergi ke Sri Petaling, berhadapan dengan Hotel Sri Petaling. Siapa yang tahu Carefour berdekatan stadium Bukit Jalil tu, kena masuk dalam sikit lah. Dekat dengan lebuhraya Kesas. ~ Nasi lemak lauk ayam merah (saya punya). ~Nasi Lemak lauk sambal kerang ~Sedap betul makan sampai comot-comot