Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel buku

Review Buku: The 5 am Club - Robin Sharma

Imej
Robin Sharma, penulis prolifik yang dikenali melalui buku Th Monk Who Sold His Ferrari, kali ini menumpukan berkenaan BANGUN AWAL PAGI. Jika anda pernah membaca hasil penulisan Robin Sharma, pasti sudah terbiasa dengan gaya penulisan beliau. Menggunakan watak dalam cerita rekaan untuk menceritakan prinsip dan konsep 5am Club, membuatkan pembaca terbuai mengikuti cerita dan tip yang dikongsikan. Apa yang menariknya 5am Club?            Penekanan diberikan berkenaan bagaimana orang hebat memulakan hari mereka dengan bangun              pagi seawal jam 5.  Apa nak buat bila dah bangun pukul 5 pagi?               Beliau memperkenalkan konsep 20/20/20, iaitu 20 minit senaman, 20 minit meditasi dan 20 minit           untuk belajar benda yang boleh meningkatkan diri atau membuat perancangan harian.      Penulis menerusi watak ...

Tony Fernandes: Flying High

Imej
Tony Fernandes. Tidak perlu diperkenalkan lagi. Dikenali sebagai taikun penerbangan menerusi AirAsia, sehingga ke Liga Perdana Inggeris menerusi Queen Park Rangers (QPR), pesonanya menarik perhatian ramai. Kenali beliau melalui buku Flying High. Tony menyingkap kembali sejarah hidup beliau sehinggalah cabaran menubuhkan AirAsia. Tidak berhenti disitu, AirAsia juga mengalami masalah diluar jangkaan tetapi beliau tetap bergerak maju hatta terus berkembang. Bukan itu sahaja, walaupun dikenali sebagai pemimpin syarikat penerbangan tambang murah terbaik, beliau juga membuat beberapa langkah yang menelan jutaan ringgit. Ingin tahu apa yang berlaku? Jerit perih ketika mula-mula mengusahakan AirAsia? Makanan dalam penerbangan dibeli di Tesco sahaja, biar betul? Prinsip kepimpinan bergantung kepada kepercayaan serta dasar pintu terbuka, benarkah ia boleh berjaya? Anda perlu dapatkan buku ini .

ATOM: Apabila Buku Fizik Tanpa Nombor dan Simbol

Imej
Berminat dengan fizik, tetapi tidak sanggup membaca nombor dan persamaan matematik? Ingin tau kisah disebalik tokoh-tokoh fizik terkenal? Boleh baca buku ini, ATOM. Penulis bercerita secara santai bagaimana proses kajian berkenaan atom sehingga terbentuk teori-teori yang wujud sekarang. Mereka yang terlibat dengan projek pembuatan bom atom.  Bagaimana Perang Dunia ke-2 memberi kesan kepada pengembangan ilmu fizik. Semuanya diceritakan dengan baik oleh penulis. Apa yang berlaku semasa persidangan Sonvey yang menghimpunkan hampir kesemua tokoh pembaharuan fizik yang banyak didengar di dalam buku-buku? Buku yang menarik dan sesuai untuk yang berminat mengetahui sejarah fizik.

"How to Win Friends & Influence People" by Dale Carnegie

Imej
Buku ni baru sahaja habis dibaca. Memang menarik, buku ni yang pada asalnya adalah nota kuliah bagi Dale Carnegie untuk kursus yang di ajarnya di universiti. Pertama kali diterbitkan pada 1936, sudah melebihi 70tahun buku ini bertahan dan beberapa kali dicetak semula. Buku ini adalah revised edition yang telah diubah sedikit untuk disesuaikan dengan masa oleh Dorothy Carnegie. Tajuk simple, tapi isi sangat padat dengan contoh-contoh menarik terutama dari tokoh-tokoh terkenal. Bidang Dale dalam komunikasi berkesan dan juga hubungan manusia menyebabkan buku ini sangat penting sebagai rujukan pertama ketika itu. Beliau menerangkan betapa pentingnya memahami sifat manusia supaya kita dapat bertindak dengan tepat. Antara point-point penting yang disebut adalah nama . Setiap orang sangat berbangga dengan nama masing-masing. Jika semasa belajar, kita mesti gembira apabila cikgu atau pensyarah mengingati nama kita. Begitu juga orang lain, mereka akan merasa dihargai jika kita mengingati nama m...