Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel peringatan

Kenapa Orang Lain Tidak Mahu Berubah?

Imej
"Isteri aku ni selalu tak kemas rumah, bersepah je rumah bila aku balik kerja", ngomel amin kepada rakan sekerjanya. "Pelajar ni tak faham-faham. Penat kita ajar dalam kelas. Bila suruh buat latihan tak nak buat" Tidak Mahu Berubah Acap kali kita mengharapkan perubahan berlaku disekeliling kita. Semestinya perubahan tersebut menghala kepada kebaikan. Namun yang terjadi adalah sebaliknya. Tiada siapa yang berubah atau mahu melakukan perubahan. Keadaan ini mungkin berlaku di rumah, di tempat kerja atau di jalan raya. Si guru yang mahukan anak muridnya menjadi rajin. Anak murid mahukan cikgunya mengajar dengan lebih baik. Isteri yang mahukan suaminya berubah kepada rajin menolongnya di rumah. Suami pula mahukan isteri rajin di rumah. Pemimpin mahukan yang dipimpin meningkatkan prestasi. Yang dipimpin pula mahukan pemimpin mengambil berat kebajikannya. Jadi siapa yang patut berubah? Apa Tindakan Kita Manusia diberi akal fikiran untuk berfikir. Dengan akal ters...