Nasib Si Penunggang Motorsikal: Basah Di Hari Cerah
Salam, kali ini saya ingin ceritakan pengalaman yang baru sahaja berlaku Jumaat lepas. Seperti biasa, saya berulang-alik ke tempat kerja menunggang Honda Wave 125 yang mengambil masa 40 minit. Setelah pening menyiapkan borang bagi permohonan geran untuk Prof saya, tidak sedar yang jam menunjukkan 5.00 petang, maka saya pun bersiap untuk pulang. Cuaca agak redup tetapi tiada tanda-tanda hujan akan turun. Sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Persekutuan, Jalan Klang Lama, Jalan Puchong dan Lebuhraya Damansara-Puchong berjalan lancar. Setibanya di lampu isyarat pertama di Puchong Utama, lampu merah. Kelihatan paip Syabas pecah menyebabkan air bertakung merentasi jalan dihadapan. "Emm dalam juga air ni, basah seluar nanti" fikir saya sambil menyinsing seluar jeans samapi ke bawah lutut. Gear yang tadinya neutral, saya gerakkan ke gear 1. Terdapat sebuah motosikal Yamaha 135LC dinaiki 2 pemuda India dan sebuah motor lagi dibelakang (tak berapa jelas siapa). Lampu hijau menyala, ...