Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel maraton

Jom Kita Mulakan Larian

Imej
"Buang masa dan tenaga je kau masuk berlari sana sini" "Apa kau dapat bila join larian-larian ni? Sakit badan adalah" "Bosanlah berlari jauh-jauh ni" Mungkin ini yang banyak diperkatakan bila disebut berkenaan larian. Ya, bukan mudah sebenarnya tetapi ramai yang mampu lakukan. Jadi ia semestinya tidak mustahil. Program maraton dan sebagainya semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat Malaysia. Tidak pasti sama ada orang Malaysia semakin sedar untuk menjalani kehidupan yang sihat atau hanya trend semata-mata. Boleh Kurus Ke Kalau Berlari. Jawapan saya semestinya TIDAK. Kerana apa? Sebab untuk kurus perlu ada kombinasi pengawalan makanan, kawalan kalori dan juga senaman. Tetapi semestinya dengan berlari, kita bersenam dan membakar kalori. Yang penting adalah konsisten. Bukannya minggu ni berlari, rehat dua minggu. Alamatnya makin bertambahlah berat. Apa yang pasti, dengan berlari mampu meningkatkan kadar penyerapan...