Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kerja

Mahu Sertai GISO? 5 Perkara Ini Wajib Anda Uruskan Sendiri,

Imej
Global Islamic Student Outreach (GISO) adalah program ke luar negara yang "diwajibkan" kepada semua pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pelajar telah membayar yuran antarabangsa sebanyak RM 450 ketika pendaftaran universiti bertujuan membiayai perjalanan ke luar negara, dan GISO adalah salah satu programnya. Jadi, buat pelajar USIM serta pengiring (terdiri dari staf USIM). Pastikan anda bersedia dengan 5 perkara berikut yang mana ia perlu diuruskan sendiri. 1. Pasport Pasport perlu dibuat sendiri di pejabat imigresen sebelum urusan keluar negara. Kos dalam RM300. Bagi yang sudah ada pasport, pastikan pasport anda masih hidup dan masih ada 6 bulan sebelum tarikh luput. Di luar negara, pasport menjadi identiti kita. Tanpa pasport, kita sama sahaja seperti pendatang asing. Jadi pastikan pasport dijaga dengan baik. 2. Visa Syarat untuk masuk ke negara asing memerlukan visa. Visa diperlukan untuk mendapat kebenaran masuk dari empunya neg...

Persidangan, berehat, bercuti, kerja dan...

Empat hari persidangan hampir sahaja ke penghujung. Kesejukan Awana Genting Highland ni yang membuatkan rasa macam malasnya nak balik. Tapi rindu la kat dua orang 'gegirl' kat rumah. Pembentangan pun dah selesai petang tadi. Seperti biasa, habis awal dari masa yang ditetapkan. Belum sempat penjaga masa nak tekan loceng, aku berhenti dah. International Meeting Frontier Physics, yang menarik konferen kali ini, ramai pembentang jemputan dari pelbagai negara yang datang berkongsi penyelidikan masing-masing. Walaubagaimanapun tak ramai peserta pembentangan yang hadir. Berbaloi juga duduk 4 hari di sini, selain dapat melegakan kepala dari kerja-kerja yang tak pernah habis di pejabat, sempat juga membaca jurnal-jurnal, sempat juga siapkan paper untuk dihantar. Tapi rasa rugi sebab tak bawa isteri dan anak sekali. Tak apalah, lain kali boleh la bawa jalan-jalan kat sini. Harga hotel di Awana ni memang mahal. Untuk bari biasa, harga lebih dari RM300. Malah penganjur konferen pun hany...