Mahu Sertai GISO? 5 Perkara Ini Wajib Anda Uruskan Sendiri,



Global Islamic Student Outreach (GISO) adalah program ke luar negara yang "diwajibkan" kepada semua pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pelajar telah membayar yuran antarabangsa sebanyak RM 450 ketika pendaftaran universiti bertujuan membiayai perjalanan ke luar negara, dan GISO adalah salah satu programnya.

Jadi, buat pelajar USIM serta pengiring (terdiri dari staf USIM). Pastikan anda bersedia dengan 5 perkara berikut yang mana ia perlu diuruskan sendiri.

1. Pasport

Pasport perlu dibuat sendiri di pejabat imigresen sebelum urusan keluar negara. Kos dalam RM300. Bagi yang sudah ada pasport, pastikan pasport anda masih hidup dan masih ada 6 bulan sebelum tarikh luput.

Di luar negara, pasport menjadi identiti kita. Tanpa pasport, kita sama sahaja seperti pendatang asing. Jadi pastikan pasport dijaga dengan baik.

2. Visa

Syarat untuk masuk ke negara asing memerlukan visa. Visa diperlukan untuk mendapat kebenaran masuk dari empunya negara. Negara seperti China, Jepun dan India memerlukan kita memohon Visa sebelum pergi ke negara tersebut. 

Di mana nak mohon visa? 

Di kedutaan negara yang dituju.

Indonesia dan Thailand bagaimana? 

Negara-negara Asean tidak memerlukan visa untuk bergerak sesama Asean. Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura, Brunei, Filipina, Kemboja, Laos dan Vietnam hanya memerlukan pasport sahaja. Selain itu, ada juga beberapa negara yang membuat perjanjian dengan Malaysia membolehkan kita bergerak tanpa perlukan Visa.

*ni bukan visa kad kredit ya.

3. Tukar Duit

Tukar duit di penggurup wang berlesen. Apa tu? Pengurup wang atau money changer yang banyak di seluruh negara ni. Jadi perlulah kita tukar duit kepada matawang asing mengikut negara yang dituju. Lebih baik ditukar di Malaysia berbanding di luar negara. Elakkan juga ditukar di bank sebab kadar cas dikenakan  agak tinggi. Ada negara yang tidak banyak menggunakan matawang sendiri seperti Kemboja yang banyak menggunakan USD.

4. Tiket Kapal Terbang

Ini perlu dibuat lebih awal. Pastikan tarikh dan masa yang tempat serta tempat yang dituju. Sekarang, semua tempahan boleh dibuat secara dalam talian dan terdapat harga promosi bergantung kepada syarikat penerbangan.

Untuk Air Asia, pastikan anda menempah kuota bagasi. Nanti tak boleh bawa beg pula. Untuk MAS dan Malindo kebiasaannya sudah disertakan dengan kuota bagasi.

Kebiasaanya akan ada dua beg, satu beg besar untuk isi semua pakaian, makanan, ubat-ubatan dan perlu dihantar di kaunter. Ia dipanggil bagasi.

Satu lagi beg kecil yang boleh dibawa bersama penumpang. Saiznya terhad dan berat tidak melebihi 7kg (jika tak silap saya).

Pastikan dalam beg kecil tu tiada cecair seperti air minum, minyak wangi, sabun, syampoo dan ubat gigi. Semua tu perlu letak di dalam beg besar dan tak boleh dibawa naik bersama penumpang. Pastikan juga jangan dibawa gunting atau pisau lipat di dalam beg yang dibawa bersama penumpang. Kalau nak bawa, masukkan dalam beg besar (bagasi).

5. Makanan dan Ubat-ubatan

Yang ni perlu disediakan sendiri. Jika anda memang perlu makan ubat, jangan lupa bawa sekali. Patut juga disediakan paracetamol, ubat sakit perut (ubat arang atau chi ki tek ong) dan macam-macam lagi. Pastikan masuk dalam bagasi dan jangan dibawa naik ke atas tempat penumpang semasa di kapal terbang ya.

Makanan pula, boleh sediakan mee segera, brahim atau makanan kering untuk lapik perut. Mana tahu, perut anda tak dapat menerima selera negara tersebut.

Apa pun, ini semua lebih kepada persediaan individu. Ada perkara seperti tiket kapal terbang, insurans, visa dan logistik boleh diuruskan bersama ahli kumpulan.


Kesimpulan

Jadi bersediakah anda? Untuk perkara 2 dan 4, boleh diuruskan bersama dengan rakan-rakan GISO supaya waktu dan urusan adalah selaras. Perkara lain perlu diuruskan sendiri sebagai tanggungjawab masing-masing. Enjoy your trip.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Review Buku: The 5 am Club - Robin Sharma

Sarapan Pagi di Sri Petaling

Satu kehidupan baru, sebuah putaran hidup