5 Perkara Yang Akan Terjadi Bila Anda Berjinak-jinak Dengan Larian




Acara larian agak mendapat sambutan. Semakin ramai menjadikan larian sebagai salah satu aktiviti sama ada harian atau mingguan. Tapi, apa manfaat yang kita boleh dapat dari larian? Boleh kurus ke?
Ini 5 perkara yang akan terjadi bila anda berjinak-jinak dengan larian.

1. Hilangkan Sengal-sengal Badan

Percaya tak? Bukan ke lepas bersukan, bertambah sakit badan? Memang benar, selepas berlari biasanya akan terasa sedikit sakit kaki. Tapi sengal-sengal badan ni lebih kepada sakit badan seperti angin, sakit belikat dan lenguh-lenguh pinggang.
Pengalaman saya, semua ni akan hilang selepas beberapa sesi larian.

2. Minda Segar

Pernah 'jogging' pagi-pagi sebelum masuk kerja? Jika tidak, anda boleh cuba. Tak perlu lama, lebih kurang 20 ke 30 minit sahaja. Walau pun badan sedikit lenguh, tetapi minda akan menjadi lebih segar dan kurang mengantuk.

3. Mudah Tidur Malam

Ini juga sangat menarik. Dengan berlari, akan memudahkan untuk tidur dimalam hari. Mungkin disebabkan penat, kita akan mudah terlena apabila diletakkan kepala di bantal.

4. Tingkatkan Stamina

Ya, stamina meningkat. Boleh dilihat seperti rasa kurang penat bila berjalan jauh atau menaiki tangga. Tidaklah terlalu mengah.

5. Lega Dari Demam

Pernah rasa nak demam? Ni belum demam lagi, tapi terasa seperti lemah badan, gatal-gatal hidung dan tekak. Senang je, sarung je kasut 'jogging' dan berlari. Pastikan cuaca tidak terlalu panas untuk elakkan pitam. Insyaallah, selepas tu akan rasa lebih baik kerana dengan berlari tersebut meningkatkan imunisasi badan.

Apa Yang Menarik

Anda hanya perlukan 30 minit sahaja untuk satu sesi, 3 kali seminggu akan mengubah hidup anda. Berapa jauh perlu kita berlari? Ia bergantung kepada kekuatan masing-masing. Tetapkan target masing-masing.

Know your limit. Push harder.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Review Buku: The 5 am Club - Robin Sharma

Sarapan Pagi di Sri Petaling

Satu kehidupan baru, sebuah putaran hidup