Dualthon Pertama CIND 2017


Cyberjaya International Night Dualthon 2017. Pertama kali mencuba cabaran baharu ini. CIND 2017 berlangsung pada 27 dan 28 Oktobet di Cyberjaya. Ada 3 kategori khas iaitu Introduction, Challenge dan Kid Sprint. Introduction yang saya sertai melibatkan kombinasi 5km larian - 20km berbasikal - 5km larian. Cukuplah kan, tu pun dah rasa ngeri walaupun belum mula.

LATIHAN

Latihan bermula hampir 3 bulan sebelum program. Walau bagaimanapun, sebulan terakhir fokus lebih kepada larian. Sempat juga sertai 10 km Stat Asean Run di Putrajaya seminggu sebelum 'event'.
Antara latihan dibuat, berlari sekurang-kurangnya 5 km 4 kali seminggu. Untuk 2 minggu terakhir, jarak ditambahkan kepada 7 km untuk sekali lari. Selain itu, latihan seperti Blurpee untuk tingkatkan kekuatan otot.

Kesilapan yang dibuat, adalah kurangnya latihan berbasikal disebabkan kesuntukan masa dan kesibukan kerja. Sebab itu fokus lebih kepada larian.

PERSEDIAN MENTAL

Sedikit sebanyak, kerisauan sangat tinggi sebab ini pertama kali saya sertai dualthon. Saya tiada masalah untuk berlari 10 km atau berbasikal 20 km sahaja. Tetapi gabungan kedua-duanya semestinya memberi cabaran berbeza.

HARI PERTANDINGAN

Program untuk introduction dibuat pada hari terakhir iaitu Sabtu bermula jam 8 malam.
Seawal jam 2 petang, peserta telah mula memenuhi kawasan 'Park & Ride' Cyberjaya untuk membuat persedian. Basikal akan disusun di 'transition area' beserta peralatan yang diperlukan (seperti kasut, sarung tangan, helmet). Kawasan dijaga rapi dengan peserta sahaja yang dibenarkan masuk. Jadi tak perlu risau untuk tinggalkan peralatan di situ.

RACE START - 5 KM LARIAN

Pukul 8.00 malam, siren dibunyikan dan pertandingan bermula. Agak terkebelakang juga pada awalnya melihat semua bersemangat. Selepas 1km, kelihatan ramai yang mula memperlahankan larian dan ada juga yang sudah berjalan kaki. Saya masih mengekalkan 'pace' yang sama terutama ketika mendaki bukit berhampiran dengan Starbucks Cyberjaya. Seterusnya mendaki bukit Shafburry. Yang tu memang ramai yang mula berjalan. Di situ, berselisih dengan pendahulu larian. Tak mampu nak ikut rentak mereka, saya cuma kekalkan 'pace' dan konsisten berlari tanpa henti. Akhirnya sampai ke 'transition area' selepas 35 minit dan terus bersiap untuk berbasikal.

20 KM BERBASIKAL - PENDERITAAN BERMULA

Ambil masa yang agak lama (4 minit) di transition area. Berbasikal bukanlah kekuatan saya. Dengan menggunakan MTB yang berat serta kurangnya latihan, berbasikal terasa amat perlahan. Seorang demi seorang mula memintas dengan kelajuan menakjubkan. Disitu baru saya sedar, kebanyakan amatur yang menyertai Dualthon ini adalah cyclist yang mencabar diri untuk berlari. Saya pula sebaliknya.

Beberapa kali juga terasa nak give up. Mana taknya, dengan jalan berbukit di Cyberjaya, paha dan lutut rasa seperti dicucuk-cucuk. Tak mampu rasanya nak teruskan. Sepanjang perjalanan rasa agak sunyi disebabkan berada di kelompok belakang. Seingat saya, takde seorang pun yang dapat saya pintas semasa berbasikal.

Akhirnya, selepas 1 jam dan 10 minit, sampai juga di transition area. Kelihatan sudah ramai yang sampai bila basikal sudah pun penuh di transition area. Kalau ikutkan, 1 jam 10 minit adalah rekod peribadi saya untuk perjalanan sejauh 20 km, cumanya bila dibandingkan dengan peserta lain yang rata-ratanya menamatkan berbasikal dalam tempoh 30 minit sahaja, bayangkan betapa besar jurang.


FASA TERAKHIR - 5 KM LARIAN

Larian kali ini sedikit terganggu. Selepas berbasikal, kaki terasa sedikit terhuyung-hayang. Langkah semakin berat. Beberapa kali terpaksa berjalan. Selepas 3 km, baru terasa normal kembali dan mula berlari secara berterusan. Cumanya, bukit Shafbury menjadi penghalang. Alhamdulillah sampai juga di garisan penamat sebelum cut-off time. Kalau tak, tak dapat lah pingat. Walaupun berada di kelompok belakang, kejayaan menamatkan cabaran tu yang penting. Maka, selepas ni fokus larian sahaja lah. Haha. Nampak sangat tak sesuai untuk berbasikal.
Masa rasmi dikeluarkan penganjur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Review Buku: The 5 am Club - Robin Sharma

Sarapan Pagi di Sri Petaling

Satu kehidupan baru, sebuah putaran hidup