DESMOS: Aplikasi Mencipta Graf
Nak buat graf Sinusoidal dengan mudah?
Mahu melihat hasil dari persamaan matematik apabila diplot graf?
Apa kata anda cuba aplikasi Desmos.
Aplikasi untuk menghasilkan graf yang mudah boleh dimuat turun di Google Play Store untuk pengguna Android. Aplikasi ini yang asalnya adalah aplikasi Chrome, sangat sesuai untuk memudahkan pelajar atau guru menghasilkan graf.
KEMAMPUAN DESMOS
Kebolehan Desmos semestinya mencipta graf dari persaaman matematik (mathematical equation). Dengan hanya y = Sin x, graf sin boleh terbentuk. Selain itu, hasil perkiraan kalkulus, trigonometri dan banyak lagi dapat dihasilkan dengan mudah. Jika anda sudah mahir, persamaan matematik boleh dimanipulasi untuk menghasilkan output graf dengan parameter yang boleh diubah-ubah. Banyak contoh-contoh yang boleh difahami untuk memudahkan kita memahami fungsi-fungsi yang pelbagai. Graf superposisi gelombang juga dapat dihasilkan disamping parameter seperti amplitud dan masa dapat diubah.
Graf Sin dan Cos yang dapat dihasilkan. Fasa dan parameter lain boleh dimanipulasi untuk melihat perubahan bentuk graf. |
KESIMPULAN
Dengan kemudahan teknologi, pengajar seperti guru dan pensyarah dapat dengan mudahnya mempersembahkan graf sebagai output pengiraan matematik. Malah pelajar boleh bersama-sama membentuk graf disamping mempelajari dengan lebih komprehensif. Saya cadangkan anda untuk mencubanya sendiri.
Antara menu atau kekunci yang boleh digunakan. Butang 'funcs' boleh digunakan untuk mencari kaedah matematik yang pelbagai. |
Ulasan
Catat Ulasan