Berjalan ke Bandung Part 1


Pertama kali ke bandung, kali kedua ke Indonesia. Pada mulanya tiada mood untuk ke Bandung, tapi disebabkan ada konferen, maka diri ini dipaksa-paksa untuk pergi juga. Kami bertiga (Prof Keshav dan Noriza) menaiki AirAsia pada pagi Isnin dan turun ke Jakarta. Asalnya saya ingatkan perlu turun di Jakarta disebabkan Prof Keshav perlu dapatkan VOA dan lapangan terbang Bandung tiada dalam senarai. Selepas tiket penerbangan dibeli baru diketahui yang VOA boleh diambil juga di Bandung. Alamatnya kena jalan jauh lah. 3 jam perjalanan dari Jakarta ke Bandung. Setiba kami di lapangan terbang Jakarta, maka Prof mengambil kereta sewa (Suzuki APV) yang harganya RM100 seorang. Aduh bankrap la macam itu, tak sempat menghalang. Asalnya mahu menaiki Cipaganti, lebih murah RM30 sahaja, atau pun menaiki keretapi. Walau bagaimanapun sudah terlambat. Faham-faham sahaja, mereka ini jenis memaksa. Kita rasa serba salah dibuatnya.

Jadi perjalanan ke Bandung lancar. Keadaan trafik masih terkawal disebabkan kami tiba agak awal. Perut rasa lapar sahaja, walaupun sudah sarapan di LCCT, tapi mungkin sebab kepenatan. Lagipun saya sendiri keletihan disebabkan tidak cukup tido dan terpaksa berjalan mengheret beg dari rumah ke LRT Dato’ Keramat. Jadi Pak supir berhenti di RnR versi Indonesia, Restoran Sederhana Bintaro yang menghidangkan masakan Padang. Perut ni sudah kelaparan, lagipun tahun lepas ketika ke Bandung, saya tidak dapat menikmati Nasi Padang kereta masa itu terkena cirit-birit. Prof hanya meratah lauk sahaja. Lauknya menarik, cuma sayurnya kurang.

Usai makan, kami teruskan perjalanan. Kepala terhuyung hayang disebabkan kereta dibawa sangat laju. Hon sentiasa berbunyi, jadi perasaan untuk tidur itu kurang. Kami pun tiba di Hotel Geulis Bandung kira-kira jam 4.00pm.Setengah jam juga lah masa diambil Pak Supir untuk mencari hotel Geulis. Akhirnya setelah bertanya ramai orang, maka sampai akhirnya, berada di deretan kedai-kedai ala Paris. Agak mengejutkan melihat hotel ini, simple tapi sangat menarik, bersih. Patut la harga pun ehem ehem.


Petang tu, saya keluar berjalan disepanjang Jalan Dago, membeli sedikit bekalan makanan dan juga terbeli baju kemeja.hehe

Tiada rancangan pun untuk membeli-belah, tapi harga nampak menarik dan design juga membuat tertarik hati ini. Apa pun tak semua murah, perlu tengok banyak tempat dan cekap untuk convert ke duit RM.

Malam pula masing-masing sibuk dengan persediaan untuk pembentangan. Prof dan saya akan membuat pembentangan pada sesi pertama, maka kami perlu sarapan awal. Lagipun subuh di sini masuk jam 4.45 am. Sangat awal. Ok selamat malam=)

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Review Buku: The 5 am Club - Robin Sharma

Sarapan Pagi di Sri Petaling

Satu kehidupan baru, sebuah putaran hidup