Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bayi

Pengunaan Kerusi Khas Kanak-Kanak Satu Keperluan?

Imej
Telah tersebar berita mewajibkan kanak-kanak untuk duduk dikerusi khas ketika menaiki kenderaan. Semestinya berita ini mengemparkan ramai pihak. Ada yang bersetuju, dan ada pula yang membantah. Dikhabarkan, peraturan ini akan dilaksanakan pada tahun 2019. Relevankah untuk dilaksanakan di Malaysia? Reaksi Rakyat Malaysia Ramai yang telah pun menggunakan kerusi khas kanak-kanak dalam kenderaan masing-masing terutama mereka yang tinggal di bandar-bandar besar. Semestinya ia memudahkan terutama untuk ibu atau bapa yang perlu bergerak sendirian tanpa pasangan. Dengan itu, kerusi kanak-kanak tersebut membantu sedikit sebanyak supaya pemanduan lebih lancar. Namun ada juga yang enggan meletakkan anak masing-masing di kerusi kanak-kanak. Ada yang tidak tahan mendengar anak menangis. Tidak kurang juga yang mana tantrum anak yang tidak terkawal. Boleh rosak mood untuk pergi bekerja. Bagi saya, kita tidak boleh menuduh ibubapa tersebut sebagai cuai hanya kerana tidak meletakka...

Membeli-belah di OneBabyWorld

Imej
    Selepas beberapa kali membelek laman web www.OneBabyWorld.com , akhirnya sampai juga ke kedai yang terletak di Taman Permata. Betul-betul di belakang Giant Taman Permata, di atas Old Town White Coffee (tingkat 3). Kalau dari lebuhraya MRR2, boleh nampak dengan jelas pasaraya Giant. Barang yang ingin dibeli, 'breast pump'. Sebelum ini, kami memang ada beli 'breast pump' yang manual jenama Pureen, tapi kurang berhasil. Melalui majalah Pa&Ma, banyak pilihan pam berserta set sekali. Setelah membelek beberapa kali, pam jenama Medela atau Spectra menjadi pilihan. Jadi bila pergi ke kedai, targetnya adalah kedua-dua jenama pam tersebut. Avent bagaimana? Huish...terlalu mahal dan diluar kemampuan. Selepas bertanya beberapa perkara dengan pekerja di situ, akhirnya Medela menjadi pilihan. Mini Electric pump yang mana boleh menggunakan bateri atau terus menggunakan plug.   Penuh satu beg. Jadi saya pun ambil pakej yang disediakan, dengan harga RM490...