Dualthon Pertama CIND 2017
Cyberjaya International Night Dualthon 2017 . Pertama kali mencuba cabaran baharu ini. CIND 2017 berlangsung pada 27 dan 28 Oktobet di Cyberjaya. Ada 3 kategori khas iaitu Introduction, Challenge dan Kid Sprint. Introduction yang saya sertai melibatkan kombinasi 5km larian - 20km berbasikal - 5km larian. Cukuplah kan, tu pun dah rasa ngeri walaupun belum mula. LATIHAN Latihan bermula hampir 3 bulan sebelum program. Walau bagaimanapun, sebulan terakhir fokus lebih kepada larian. Sempat juga sertai 10 km Stat Asean Run di Putrajaya seminggu sebelum 'event'. Antara latihan dibuat, berlari sekurang-kurangnya 5 km 4 kali seminggu. Untuk 2 minggu terakhir, jarak ditambahkan kepada 7 km untuk sekali lari. Selain itu, latihan seperti Blurpee untuk tingkatkan kekuatan otot. Kesilapan yang dibuat, adalah kurangnya latihan berbasikal disebabkan kesuntukan masa dan kesibukan kerja. Sebab itu fokus lebih kepada larian. PERSEDIAN MENTAL Sedikit sebanyak, kerisauan...