Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bangi

Bukan Mudah Hendak Berniaga

Imej
Pertama kali terlibat dengan Car Boot Sale. Tujuan asalnya nak membersihkan barang-barang dalam stor terutama pakaian-pakaian. Biasalah, pakaian 'mengecut' saban tahun.haha Jadi, cik isteri hubungi Car Boot Sale Bangi, bayaran hanya RM20 untuk satu sesi. Sabtu atau Ahad dari 8 pagi hingga 12 tengah hari. Kami pilih hari Sabtu. Car Boot Sale ni terletak berdekatan dengan McD Bangi, sebelah bangunan PKNS. Jadi taklah terlalu jauh dari rumah kami kat Jenderam. Hari Khamis sebelum CBS tu, kami pun selongkarlah segala harta dalam kotak-kotak. Kebanyakannya dah pun disusun ikut jenis, cuma kali ni perlu pilih mana yang nak dijual. Dapat empat kotak jugalah. Kebanyakannya barang cik isteri. Baju, seluar, tudung. Saya ada lah 4 5 helai pakaian. Selain tu, jual kamera Nikon yang lama, usb player (nak tengok movie di tv) dan juga GPS jenama Lockatoo. Jual pun murah-murah je. Sabtu pagi, dalam 7.30 dah gerak dari rumah. Kami naik dua kereta sebab satu kereta tu penuh...