Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel medan

Trip ke Medan - Keindahan Danau Toba

Imej
Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi waktu tempatan. Waktu untuk solat Subuh. Langsir di kuak melihat suasana dari jendela bilik, masih gelap. Hanya kelihatan lampu-lampu dari rumah peranginan berdekatan. Di kala ini bersamaan jam 6.30 pagi waktu Malaysia. Usai solat Subuh, saya kembali melabuhkan badan untuk lelap seketika. Handphone disetkan ke pukul 7.30 pagi untuk sarapan. Tepat jam 7.30 pagi, alarm berbunyi mendendangkan lagunya. Terus saya mengambil kamera dan keluar dari bilik. Subhanallah, cantiknya pemandangan di Danau Toba. Udara yang segar dengan air tasik biru beralun tenang membuatkan kepenatan perjalanan semalam hilang begitu saja. Terus beberapa keping gambar ditangkap sebagai kenang-kenangan. Entah bila lagi akan sampai di sini, jadi kesempatan yang ada inilah digunakan sebaik-baiknya. Saya dan isteri berehat di hadapan bilik menikmati pemandangan pagi. Kelihatan feri dan bot sudah memulakan operasinya. Pemandangan Parapat dari bilik Melihatkan jam hampir pukul 8....

Trip ke Medan - Perjalanan Yang Panjang

Imej
Salam. Setelah hampir 3 minggu barulah saya berkesempatan menulis di blog. Memang banyak perkara yang ingin dicoretkan, apakan daya masa tidak mengizinkan. Perjalanan saya pada awal bulan April bersama isteri ke Medan, Pulau Sumatera Indonesia. 'Honeymoon kedua' buat kami. Tiket penerbangan Air Asia awal-awal lagi sudah dibeli ketika promosi yang dibuat Air Asia. Penerbangan dari lapangan terbang tambang murah LCCT ke lapangan terbang antarabangsa Polonia mengambil masa 40minit sahaja. Pemergian kami dengan perasaan yang gusar, di kala Jepun bergelut dengan kesan tsunami yang baru menimpa, terdapat khabar berita mengatakan akan berlaku gempa bumi di Indonesia. Selain itu, banjir melanda Kota Medan seminggu sebelum kami berangkat. Walaubagaimanapun kami bertekad untuk meneruskan juga percutian kami kali ini. Kami tiba lebih kurang jam 2.00 petang. Selepas melepaskan lelah dengan minum di kafe berhampiran, kami menaiki teksi ke Raja Taxi. Syarikat yang menyediakan pengangkutan k...