Trip ke Medan - Keindahan Danau Toba
Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi waktu tempatan. Waktu untuk solat Subuh. Langsir di kuak melihat suasana dari jendela bilik, masih gelap. Hanya kelihatan lampu-lampu dari rumah peranginan berdekatan. Di kala ini bersamaan jam 6.30 pagi waktu Malaysia. Usai solat Subuh, saya kembali melabuhkan badan untuk lelap seketika. Handphone disetkan ke pukul 7.30 pagi untuk sarapan.
Tepat jam 7.30 pagi, alarm berbunyi mendendangkan lagunya. Terus saya mengambil kamera dan keluar dari bilik. Subhanallah, cantiknya pemandangan di Danau Toba. Udara yang segar dengan air tasik biru beralun tenang membuatkan kepenatan perjalanan semalam hilang begitu saja. Terus beberapa keping gambar ditangkap sebagai kenang-kenangan. Entah bila lagi akan sampai di sini, jadi kesempatan yang ada inilah digunakan sebaik-baiknya. Saya dan isteri berehat di hadapan bilik menikmati pemandangan pagi. Kelihatan feri dan bot sudah memulakan operasinya.
Melihatkan jam hampir pukul 8.00 pagi, kami bersiap-siap untuk bersarapan di cafe hotel. Tidak banyak pilihan menu disediakan, jadi cornflake dicampur susu menjadi pilihan saya sambil dinikmati bersama dua keping roti bakar dan secawan teh panas. Isteri pula mencuba nasi goreng, tapi tidak mampu untuk dihabiskan kerana rasanya yang berbeza dari nasi goreng di Malaysia.
Selesai saja sarapan, kami ke kaunter pendaftaran hotel untuk mendapatkan pengangkutan ke Pulau Samosir. Bot kecil berharga Rp 400 000 untuk ke Tomok, manakala jika ingin juga ke Tuk-Tuk, harganya meningkat ke Rp 450 000. "Alang-alang sudah sampai, kita pergi je", kata isteriku. Setelah bersetuju dengan harga yang ditetapkan, maka pemandu bot menjemput kami di lobi dan di bawa ke jeti kecil milik hotel. Terdapat satu bahagian untuk mandi-manda dengan pantai buatan yang menjadi tumpuan ramai pengunjung. Sayang juga tidak dibawa pakaian untuk mandi, teringin juga merasai kedinginan air Danau Toba.
Kami menaiki bot (boleh memuatkan 6 penumpang) dan dibawa terus ke Perkampungan Tomok, Pulau Samosir. Suasana pagi menyebabkan gunung-gunung yang mengelilingi Danau Toba masih diselaputi kabus. Rasa nyaman dan tenang melihat ciptaan Tuhan. Airnya yang bersih, menyebabkan pemandangan menjadi lebih indah.
Dari samar-samar kabus kelihatan Pulau Samosir, selepas 20 minit perjalanan kami tiba di Perkampungan Tomok. Terdapat jeti kecil serta sebuah meja kecil untuk bayaran masuk sebanyak Rp 1000 seorang. "Horas ke Toba" iaitu selamat datang ke Toba dalam bahasa suku Batak. Setelah berbincang, kami setuju untuk mengupah pemandu pelancong untuk memudahkan perjalanan kami selain menambahkan informasi, sejarah-sejarah dan juga menghalang dari didekati rakyat tempatan yang mengajak untuk membeli-belah di kedai mereka. Bayaraan yang dipersetujui adalah Rp300 000. Jadi kami dibawa melalui pekan kecil ke Taman Budaya Si Gale-gale yang menunjukkan senibina rumah Raja Batak. Rumah yang berbentuk tanduk dengan pintu yang kecil menjadi identiti rumah Batak. Seperti rumah-rumah lama yang lain, senibinanya menggunakan pasak sebagai ganti paku yang belum wujud ketika itu.
Selain itu, tarikan utama adalah Patung Si Gale-gale, iaitu patung anak Raja Batak. Kematian si Gale-gale ketika kecil menyebabkan raja menjadi murung dan selepas cuba diubati oleh segala dukun dan pawang yang ada di Toba, masih tidak dapat mengubati kemurungan Raja Batak. Maka mereka mengukir sebuah patung seakan-akan anak raja dan pada suatu malam, anak raja tersebut menari dengan sendirinya menyebabkan Raja percaya roh anaknya Si Gale-gale dihidupkan semula. Sekarang, patung yang dibuat semula itu akan dimainkan sebagai persembahan kepada pengunjung-pengunjung di sini.
Seterusnya kami dibawa ke muzium Toba yang mana bentuknya dibuat mengikut bentuk rumah orang Batak. Terdapat ukiran-ukiran yang melambangkan kepercayaan orang Batak sebelum agama Kristian tiba di Toba. Antaranya adalah ukiran cicak yang menjadi simbol bagi orang Batak yang mana orang-orang Batak terdahulu mengharapkan generasi sekarang boleh menyesuaikan diri dengan keadaan semasa di mana jua mereka berada seperti cicak yang boleh menempel di mana saja. Selain itu lambang 4 susu menunjukkan 4 motto utama bagi masyarakat Batak. Di muzium, kami berpeluang memakai pakaian Raja dan Permaisuri Batak dan sempat bergambar kenang-kenangan. Muzium ini menempatkan pelbagai bahan sejarah termasuk perabot zaman dahulu, barang-barang dapur seperti pinggan, periuk dan tempat simpan beras, serta sebuah manuskrip lama dalam tulisan Batak. Terdapat juga pelbagai ukiran haiwan dalam banyak barang-barang hiasan, tempat menyimpan barang berharga yang diukir dengan ukiran naga serta alat-alat muzik orang Batak.
Seterusnya kami dibawa membeli belah.
"Abang mari singgah shopping",
"Adik sayang, singgah ya",
"kakak, mari shopping disini"
Itulah yang diucapkan peniaga-peniaga di sini. Kami hanya menurut pemandu pelancong, di mana dia berhenti di situlah kami membeli. Pelbagai barang yang dijual di sini, yang menjadi tarikan adalah kain Samarinda atau dipanggil dikalangan penduduk tempatan sebagai kain wangi. Kain pelikat ini yang ditenun tangan oleh penduduk tempatan apabila digosok akan berbau wangi. Seperti biasa, tugas membeli diserahkan kepada isteri saya, membeli ole-ole untuk keluarga. Habis sejuta rupiah dibelanjakan.
Seterusnya kami dibawa ke tanah perkuburan Raja Batak. Kami perlu memakai selendang untuk masuk ke kawasan tersebut. Selepas itu, kami terus ke jeti untuk perjalanan seterusnya. Dengan menaiki bot, kami ke Tuk-Tuk, sebuah kawasan menempatkan hotel-hotel di Pulau Samosir. Mengikut pemandu bot, hotel-hotel di sini lebih murah berbanding di Parapat. Kelihatan ramai pelancong luar negara berehat dan ada yang bermandi-manda di tasik. Kali ini kami tidak turun, hanya melihat dari bot sebab kepenatan.
Seterusnya kami dibawa ke Batu Gantung, terletak dibahagian daratan. Mengikut pemandu bot kami, Batu Gantung mempunyai kisah mitosnya sendiri, apabila seorang anak lelaki yang akan dijodohkan dengan seorang puteri raja, walaubagaimanapun anak tersebut tidak bersetuju dan ingin membunuh diri dengan terjun ke tasik dari sebuah batu, walaubagaimanapun kakinya tersangkut menyebabkan dia tergantung-gantung dengan kepala ke bawah. Tiada siapa pun yang mahu menolongnya malah ibu bapanya telah menyumpah anaknya menjadi batu.
Di tepi-tepi kawasan tersebut kelihatan anak-anak suku Batak berenang-renang dan meminta pengunjung untuk mencampakkan duit syiling ke dalam tasik dan mereka akan menyelam. Memang handal mereka berenang, walaupun kecil saja orangnya.
Kami terus ke Parapat, pulang ke bilik. Jam menunjukkan pukul 11.00 pagi, tetapi suasana tetap sejuk seperti masih awal pagi. Kami bersiap-siap untuk 'check out' dan bergerak ke Medan menaiki Paradep Taxi. Kali ini bayarannya Rp 75000 seorang (Semasa datang, Rp 65000). Perjalanan ke Medan melalui jalan berbeza iaitu melalui kawasan pergunungan Berastagi. Jalannya agak sempit dan sibuk. Berastagi seakan-akan seperti Cameron Highland di Malaysia. Banyak tanaman seperti jagung, sayur-sayuran dan bunga-bunga pelbagai jenis ditanam disepanjang jalan yang kami lalui. Kebanyakan mereka menganut agama Kristian melihat dati simbol salib pada rumah mereka dan gereja yang banyak disepanjang jalan menuju Berastagi. Suasana agak meriah tetapi tidak sebersih seperti di Parapat.
Kami tiba lebih kurang jam 7.00 petang di Hotel Asean Internasional, Kota Medan. Hotel 4 bintang ini sudah ditempah ketika di KL lagi untuk memudahkan lagi urusan. Walaupun harganya lebih murah, tetapi hotelnya memang cantik dan bersih. Rasa lega dapat meluruskan badan selepas 6 jam dalam kenderaan.
Bersambung......

Tempat simpan barangan berharga, mitosnya barang akan dijaga oleh haiwan seperti naga, jadi tiada siapa yang akan berani mencuri

Assalamualaikum Tuan/Puan.
BalasPadamSaya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.