Nasib Si Penunggang Motorsikal: Basah Di Hari Cerah


Salam, kali ini saya ingin ceritakan pengalaman yang baru sahaja berlaku Jumaat lepas. Seperti biasa, saya berulang-alik ke tempat kerja menunggang Honda Wave 125 yang mengambil masa 40 minit. Setelah pening menyiapkan borang bagi permohonan geran untuk Prof saya, tidak sedar yang jam menunjukkan 5.00 petang, maka saya pun bersiap untuk pulang. Cuaca agak redup tetapi tiada tanda-tanda hujan akan turun. Sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya Persekutuan, Jalan Klang Lama, Jalan Puchong dan Lebuhraya Damansara-Puchong berjalan lancar. Setibanya di lampu isyarat pertama di Puchong Utama, lampu merah. Kelihatan paip Syabas pecah menyebabkan air bertakung merentasi jalan dihadapan. "Emm dalam juga air ni, basah seluar nanti" fikir saya sambil menyinsing seluar jeans samapi ke bawah lutut. Gear yang tadinya neutral, saya gerakkan ke gear 1. Terdapat sebuah motosikal Yamaha 135LC dinaiki 2 pemuda India dan sebuah motor lagi dibelakang (tak berapa jelas siapa). Lampu hijau menyala, maka saya pun terus bergerak. Motor LC terus memecut dihadapan saya, saya mengekori dari belakang, sedikit perlahan. Apabila melalui jalan berair, saya pun mengangkat kedua-dua kaki mengelak dari percikan air. TIBA-TIBA, GEBUSSSSHHHHH....terasa seperti terjun ke dalam air sungai yang dalam. Rupanya sebuah kereta memecut disebelah kanan tanpa mengambil kira penunggang motorsikal. Perh, ingatkan nak elak seluar basah, habis satu badan basah.

Saya pun teruskan perjalanan, rasa nak gelak pun ada. Tak pasal-pasal dapat mandi free. Sampai di lampu isyarat seterusnya, kelihatan kereta tadi menunggu lampu merah (jalan ni kan banyak lampu isyarat, tak perlu tergesa-gesa). 2 pemuda India yang menaiki LC tadi pun tegur, dengan rasa kesian kat saya, geram dengan pemandu tadi. Nak buat macam mana kan, dah nasib badan:-)

Balik rumah dengan basah kencun, isteri saya pelik sambil memandang ke tingkap, "Hujan ke tadi?". Tak tau nak cerita macam mana.

Ulasan

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Review Buku: The 5 am Club - Robin Sharma

Sarapan Pagi di Sri Petaling

Satu kehidupan baru, sebuah putaran hidup