Selamat Datang Bulan Ramadhan
Alhamdulillah, masih dipanjangkan umurku untuk tiba ke bulan yang penuh barakah, bulan Ramadhan. Bulan yang dijanjikan dengan rahmat keampunan dari yang Esa, hadir sekali lagi untuk mendidik diri kita menjadi hamba Allah yang bertakwa. Lebih kurang 27 tahun sudah ku lalui bulan Ramadhan, tapi tidak diketahui adakah sempurna puasaku? Solatku? Bagaimana pula dengan ibadah lain? Mampukah diri ini bermujahadah melawan amarah yang membakar dalam diri ini? Moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan-Ramadhan yang lalu.
Menjalani ibadah puasa bersama keluarga memang kebiasaan untuk tiap-tiap tahun, cuma ketika menuntut di UTM, acapkali berpuasa hampir 3/4 bulan di Johor. Jika bersama keluarga, berbuka beramai-ramai dengan juadah yang dimasak mak atau yang dibeli memenuhi meja makan. Abah dengan kuih lopez dan mertabaknya semestinya menu wajib hampir setiap hari. Kemudian bersama-sama ke masjid menunaikan solat tarawih. Sahur pula, seawal jam 5 pagi mak bangkit menyediakan juadah, semestinya nasi dan ayam goreng menjadi menunya. Kemudian diajak oleh abah untuk solat sunat sementara menunggu waktu subuh.
Bila di UTM, semestinya juadah berbuka dibeli sama ada di kafe atau pasar Ramadhan. Sudah semestinya bilik Kamil menjadi pilihan berbuka beramai-ramai, makanan dihidang dan dikongsi bersama, sangat meriah. Jikalau poket tengah kosong, maka berbuka di masjidlah jawapannya. Bersahur pula, biasanya makanan telah dibeli awal-awal lagi, jika rajin barulah meredah embun pagi ke mana-mana kedai yang buka untuk bersahur.
Itu semua dahulu, kini semuanya berubah. Suasana baru bersama isteri semestinya menjadi pengalaman yang asing buat kami berdua. Sudah tentu si isteri yang akan pening kepala memikirkan juadah apa yang perlu dimasak, lagi-lagi jika si suami seperti saya yang agak cerewet soal makan. Sahur pagi ini menjadi sahur pertama kami, insyaallah tahun depan bertiga pula. Malam ini kami hanya bertarawih di rumah. Kebetulan kami tidur di rumah mak abah di Keramat malam tadi kerana ada kenduri doa selamat. Jadi lepas Maghrib baru kami berangkat pulang, sampai-sampai kami terus ke pasar malam untuk membeli barang keperluan.
Moga-moga kita semua dipermudahkan untuk menjalani ibadah mendekatkan diri kepada Allah. Selamat menjalani ibadah puasa, semoga mendapat keberkatan dan keampunan.

like!!!
BalasPadamaku suka part buka puasa kat masjid UTM..terimbau kenangan..
BalasPadamhaha..igt time tu, kebetulan ramai sgt yg dtg berbuka..xsilap time tu JPA xmsuk smpi la pas raya.
BalasPadamso kena gak la jimat..satu dulang dekat 7 org tu..tp alhamdulillah, ckup kenyang..-)