Review Buku: The 5 am Club - Robin Sharma


Robin Sharma, penulis prolifik yang dikenali melalui buku Th Monk Who Sold His Ferrari, kali ini menumpukan berkenaan BANGUN AWAL PAGI.

Jika anda pernah membaca hasil penulisan Robin Sharma, pasti sudah terbiasa dengan gaya penulisan beliau. Menggunakan watak dalam cerita rekaan untuk menceritakan prinsip dan konsep 5am Club, membuatkan pembaca terbuai mengikuti cerita dan tip yang dikongsikan.

Apa yang menariknya 5am Club? 

        Penekanan diberikan berkenaan bagaimana orang hebat memulakan hari mereka dengan bangun            pagi seawal jam 5. 

Apa nak buat bila dah bangun pukul 5 pagi?    

        Beliau memperkenalkan konsep 20/20/20, iaitu 20 minit senaman, 20 minit meditasi dan 20 minit         untuk belajar benda yang boleh meningkatkan diri atau membuat perancangan harian.

    Penulis menerusi watak Mr Riley cuba menanam atau set semula minda dua anak murid beliau untuk melihat usaha bangun awal pagi ini akan memberi banyak manfaat.

    Sebagai orang Islam, kita sudah diajar untuk bangun sebelum Subuh. Ya, dalam jam 5 pagi untuk sujud kepada Allah. Tiada sebab lain kecuali meletakkan kepala di atas tikar sejadah, mengucapkan ucapan membesarkan Allah SWT, membaca Kalamullah dan beristighfar. Muslim telah diset di dalam minda kita, sayangnya kita sahaja yang tidak ikut. Maka jadilah kita orang yang rugi.

    Berbalik kepada buku ini, kita dapat lihat orang barat cuba mencari sesuatu sebab, dalam mengenali diri dan meningkatkan potensi diri selain melihat keindahan alam. Maka sebab itu, buku ini menekankan kenapa kita perlu bangun awal. Kenapa? Kerana dengan bangun awal, kita juga perlu tidur lebih awal. Maka tiada masa untuk minum-minum atau ke kelab malam.


Beberapa tip yang boleh dikongsi,

1. Orang berjaya akan memulakan hari mereka sebelum terbit fajar. Minda akan disetkan di awal pagi.

2. Mulakan hari dengan mengeluarkan peluh. Senaman akan merembes hormon endorphin, hormon yang memberi rasa gembira. (Kalau tak silap lah)

3. Gunakan prinsip 20/20/20. 

4. Elakkan menggunakan alat-alat teknologi sebelum tidur, kurang-kurang sejam dua sebelum tidur.

5. Perlukan 21 hari untuk set tabiat baharu. 21 hari lagi untuk lekatkan tabiat itu dalam diri. dan 21 hari terakhir sudah bersedia.

6. Mindset, Heartset, Soulset dan Healthset. Keempat-empat ini perlu diperkasa.


Ada banyak lagi tip. Tapi lepas sahaja baca buku ini, terus bersemangat untuk bangun lebih awal. 

Saya bagi 5 bintang untuk buku The 5AM Club.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sarapan Pagi di Sri Petaling

Satu kehidupan baru, sebuah putaran hidup