Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jalan-jalan

Mahu Sertai GISO? 5 Perkara Ini Wajib Anda Uruskan Sendiri,

Imej
Global Islamic Student Outreach (GISO) adalah program ke luar negara yang "diwajibkan" kepada semua pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pelajar telah membayar yuran antarabangsa sebanyak RM 450 ketika pendaftaran universiti bertujuan membiayai perjalanan ke luar negara, dan GISO adalah salah satu programnya. Jadi, buat pelajar USIM serta pengiring (terdiri dari staf USIM). Pastikan anda bersedia dengan 5 perkara berikut yang mana ia perlu diuruskan sendiri. 1. Pasport Pasport perlu dibuat sendiri di pejabat imigresen sebelum urusan keluar negara. Kos dalam RM300. Bagi yang sudah ada pasport, pastikan pasport anda masih hidup dan masih ada 6 bulan sebelum tarikh luput. Di luar negara, pasport menjadi identiti kita. Tanpa pasport, kita sama sahaja seperti pendatang asing. Jadi pastikan pasport dijaga dengan baik. 2. Visa Syarat untuk masuk ke negara asing memerlukan visa. Visa diperlukan untuk mendapat kebenaran masuk dari empunya neg...

My new gear - LUMIX DF6

Imej
Assalamualaikum. Lama tidak menulis ni. Almaklumlah, musim kesibukan melampau. Selain kuliah, kena anjurkan program, lagi-lagi program besar macam i-Inova. Alhamdulillah dah selesai. Kini ada dua program lagi tinggal untuk dibereskan. My LUMIX GF6 My new gear? Biasanya kalau kamera ni orang gelarkan gear. Tapi tak pasti kenapa. Kebetulan, masa belikan hadiah untuk cik isteri, terfikir nak cari kamera. Selepas kaji punya kaji, akhirnya terjumpalah kamera ni, LUMIX DF6 mirrorless interchangeable lens. Saya tak berapa minat dengan DSLR, tapi nakkan yang lebih 'advance' dari kamera kompak, jadi mirrorless camera yang menjadi pilihan. Ciri-ciri seperti DSLR walaupun sensornya kecil sedikit berbanding DSLR, tetapi lensa yang digunakan itu boleh ditukar-tukar. Bezanya dengan DSLR, tiada tetingkap untuk menangkap gambar, jadi boleh ditangkap dari skrin LCD sahaja. Sesuai untuk amatur tetapi mahukan lebih kuasa dan kawalan. Mirror inilah yang tiada pada GF6 dan kamera ...

Berjalan ke Bandung - Part 3

Imej
Salam semua. Lama juga tergantung cerita ke Bandung ini. Jadi ini sambungan yang terakhir trip kami ke Bandung. Satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. Pada yang ingin tahu permulaan cerita, bolehlah melusuri topik Berjalan ke Bandung - Part 1 dan Part 2 . Hari ke 3 iaitu hari terakhir bagi seminar, diadakan majlis penutup dan sesi bergambar. Semua acara tamat pada pukul 12.oo tengah hari, jadi kami berjalan balik sambil mencari kedai untuk makan tengah hari. Kebetulan Prof teringin makan ikan, jadi ada sebuah restaurant seafood di situ. Tempat menarik, cuma biasalah di tempat orang, pilihan menu sukar difahami. Selesai makan tengah hari, masing-masing pulang ke bilik. Semua kelihatan letih, jadi plan asal kami untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Bandung dibatalkan. Tetapi, saya rasa sangatlah rugi untuk hanya duduk dibilik. Maka saya bersiap-siap dan terus keluar. Persimpangan Jalan Dago Mulanya saya hanya berjalan melusuri Jalan Dago. Melintasi kawasan sekolah menengah tida...

Sarapan Pagi di Sri Petaling

Imej
Ahad lepas, saya dengan tunang saya mencuba sarapan di sebuah gerai di Seri Petaling. Dekat-dekat dengan Bukit Jalil tu. Hari tu nak hantar tunang saya ke Pudu sebab dia nak balik Perak dah, jadi kami pun sarapan lah dulu. Hari sebelum tu saya dah pergi sorang-soarang lah, tapi ramai Ya Rabbi, dah la hujan, so kerusi meja yang diluar tak boleh pakai lah. ~ Orang ramai sedang memilih lauk nasi lemak~ Em yang best, ada nasi lemak pelbagai lauk, sedap jugak terutama sambal dia, manis-manis pedas. Roti canai pun ada, kuih muih dan lontong. Kawasan dia kecil sahaja tapi ramai orang dari pelbagai kaum, mahal jemaah tabligh pun ramai (kebetulan dekat dengan masjid pusat tabligh). Kalau mahu cuba, boleh lah pergi ke Sri Petaling, berhadapan dengan Hotel Sri Petaling. Siapa yang tahu Carefour berdekatan stadium Bukit Jalil tu, kena masuk dalam sikit lah. Dekat dengan lebuhraya Kesas. ~ Nasi lemak lauk ayam merah (saya punya). ~Nasi Lemak lauk sambal kerang ~Sedap betul makan sampai comot-comot ...