Assalamualaikum.
Lama tidak menulis ni. Almaklumlah, musim kesibukan melampau. Selain kuliah, kena anjurkan program, lagi-lagi program besar macam i-Inova. Alhamdulillah dah selesai. Kini ada dua program lagi tinggal untuk dibereskan.
|
My LUMIX GF6 |
My new gear? Biasanya kalau kamera ni orang gelarkan gear. Tapi tak pasti kenapa. Kebetulan, masa belikan hadiah untuk cik isteri, terfikir nak cari kamera. Selepas kaji punya kaji, akhirnya terjumpalah kamera ni, LUMIX DF6 mirrorless interchangeable lens. Saya tak berapa minat dengan DSLR, tapi nakkan yang lebih 'advance' dari kamera kompak, jadi mirrorless camera yang menjadi pilihan. Ciri-ciri seperti DSLR walaupun sensornya kecil sedikit berbanding DSLR, tetapi lensa yang digunakan itu boleh ditukar-tukar. Bezanya dengan DSLR, tiada tetingkap untuk menangkap gambar, jadi boleh ditangkap dari skrin LCD sahaja. Sesuai untuk amatur tetapi mahukan lebih kuasa dan kawalan.
|
Mirror inilah yang tiada pada GF6 dan kamera 'mirrorless' yang lain. |
Walaupun selalunya gunakan sistem auto (iA) sahaja untuk menangkap gambar, tapi disebabkan kamera ni mempunyai fungsi manual, belajar jugalah cara-cara mengawal komposisi cahaya melalui 'Shutter Speed', 'Aperture' dan ISO. Ingin tahu fungsi semua tu? Bolehlah cari melaui google. Susah juga nak faham kalau orang amatur terangkan. Berbelit-belit dibuatnya.
Disebabkan bulan hadapan merancang untuk bercuti ke Sabah, banyaklah peluang untuk tangkap gambar cantik-cantik. Apa pun, puas hati dengan hasil gambar dari GF6 ni. Memang menarik.
Inilah hasil semasa ke Pantai Morib petang tadi.
|
Mencuba kawalan 'Shutter Speed' supaya nampak gerakan kipas. Baru cantik. |
|
Mereka berdua ni lah model utama. |
|
Hazelnut White Coffee - Thoyyib Cafe @ Nilai (Sebaris Bank Islam, berhadapan Allson Hotel) |
Ulasan
Catat Ulasan