Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Larian

Mencari Kebaikan dalam Berlari

Imej
Perkara biasa yang didendangkan sama ada di media sosial, surat khabar atau majalh kesihatan, berlari memberi banyak kebaikan. Tapi betul ke?  Bukan ke sakit badan, sakit kaki, sakit lutut lepas berlari?  Ada yang sakit jantung sebab berlari, sihat sangat ke tu? Banyak perkara yang perlu diambil kira untuk berlari. Ada yang berlari santai, ada yang mengejar masa dan kelajuan, ada pula berlari untuk menghilangkan stress dan pelbagai lagi. Saya ceritakan di sini, apa kebaikan yang saya dapat apabila kerap berlari. Lebih baik saya ceritakan dari pengalaman saya dan apa yang saya nampak, rasa dan dengar. Betul tak? 1. Pernafasan Ini perkara yang saya selalu perasan apabila kerap berlari, pada waktu-waktu biasa kita akan rasa lebih selesa bernafas. Apa sebelum ni tak selesa ke? Pernah kan rasa nak tarik nafas terasa berat? Atau, rasa seperti ada sesuatu dalam rongga pernafasan kita. Ada pula tiba-tiba rasa lubang hidung mengecil, rasa sempit sahaja ruang bila kita tarik nafas. Apab...

5 Perkara Yang Akan Terjadi Bila Anda Berjinak-jinak Dengan Larian

Imej
Acara larian agak mendapat sambutan. Semakin ramai menjadikan larian sebagai salah satu aktiviti sama ada harian atau mingguan. Tapi, apa manfaat yang kita boleh dapat dari larian? Boleh kurus ke? Ini 5 perkara yang akan terjadi bila anda berjinak-jinak dengan larian. 1. Hilangkan Sengal-sengal Badan Percaya tak? Bukan ke lepas bersukan, bertambah sakit badan? Memang benar, selepas berlari biasanya akan terasa sedikit sakit kaki. Tapi sengal-sengal badan ni lebih kepada sakit badan seperti angin, sakit belikat dan lenguh-lenguh pinggang. Pengalaman saya, semua ni akan hilang selepas beberapa sesi larian. 2. Minda Segar Pernah 'jogging' pagi-pagi sebelum masuk kerja? Jika tidak, anda boleh cuba. Tak perlu lama, lebih kurang 20 ke 30 minit sahaja. Walau pun badan sedikit lenguh, tetapi minda akan menjadi lebih segar dan kurang mengantuk. 3. Mudah Tidur Malam Ini juga sangat menarik. Dengan berlari, akan memudahkan untuk tidur dimalam hari. Mungkin dis...