Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bandung

Berjalan ke Bandung - Part 3

Imej
Salam semua. Lama juga tergantung cerita ke Bandung ini. Jadi ini sambungan yang terakhir trip kami ke Bandung. Satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. Pada yang ingin tahu permulaan cerita, bolehlah melusuri topik Berjalan ke Bandung - Part 1 dan Part 2 . Hari ke 3 iaitu hari terakhir bagi seminar, diadakan majlis penutup dan sesi bergambar. Semua acara tamat pada pukul 12.oo tengah hari, jadi kami berjalan balik sambil mencari kedai untuk makan tengah hari. Kebetulan Prof teringin makan ikan, jadi ada sebuah restaurant seafood di situ. Tempat menarik, cuma biasalah di tempat orang, pilihan menu sukar difahami. Selesai makan tengah hari, masing-masing pulang ke bilik. Semua kelihatan letih, jadi plan asal kami untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Bandung dibatalkan. Tetapi, saya rasa sangatlah rugi untuk hanya duduk dibilik. Maka saya bersiap-siap dan terus keluar. Persimpangan Jalan Dago Mulanya saya hanya berjalan melusuri Jalan Dago. Melintasi kawasan sekolah menengah tida...

Berjalan ke Bandung - Part 2 : ITB

Imej
Pagi ini terasa sangat menyegarkan. Subuh tersangat awal dari kebiasaan menyebabkan tidur disambung kembali selepas solat. Bandung, sebuah kota yang sibuk, tetapi agak tenang dibandingkan dengan Kota Jakarta. Suhunya yang rendah dan udaranya yang sejuk dan bersih sangat menyegarkan. Hotel cafe yang terletak sama aras dengan bilik kami hanya dibuka jam 7.30 pagi. Sayangnya tiada bufet, cuma "ala carte" sahaja. Seperti biasa, sarapan di hotel mestilah dengan bijiran-) Cafe di Geulis hotel ini mendapat pengiktirafan halal penguatkuasa agama Islam di Indonesia. Jadi saya tidak lah perlu risau mengenai makanan. Sarapan ada daging, sosej, nasi goreng dan hidangan dibahagi kepada hidangan tempatan atau "western". Cafe hotel dari pandangan luar. Kami bergerak ke Institut Teknologi Bandung (ITB) yang terletak berhampiran dengan hotel kami. Hanya perlu berjalan 10minit sahaja. Setibanya kami di ITB, padanya kami masih tidak yakin adakah benar ini adalah ITB? Setelah ditanya p...