Berjalan ke Bandung - Part 2 : ITB



Pagi ini terasa sangat menyegarkan. Subuh tersangat awal dari kebiasaan menyebabkan tidur disambung kembali selepas solat. Bandung, sebuah kota yang sibuk, tetapi agak tenang dibandingkan dengan Kota Jakarta. Suhunya yang rendah dan udaranya yang sejuk dan bersih sangat menyegarkan. Hotel cafe yang terletak sama aras dengan bilik kami hanya dibuka jam 7.30 pagi. Sayangnya tiada bufet, cuma "ala carte" sahaja. Seperti biasa, sarapan di hotel mestilah dengan bijiran-) Cafe di Geulis hotel ini mendapat pengiktirafan halal penguatkuasa agama Islam di Indonesia. Jadi saya tidak lah perlu risau mengenai makanan. Sarapan ada daging, sosej, nasi goreng dan hidangan dibahagi kepada hidangan tempatan atau "western".

Cafe hotel dari pandangan luar.


Kami bergerak ke Institut Teknologi Bandung (ITB) yang terletak berhampiran dengan hotel kami. Hanya perlu berjalan 10minit sahaja. Setibanya kami di ITB, padanya kami masih tidak yakin adakah benar ini adalah ITB? Setelah ditanya pada orang yang lalu lalang disitu, maka betullah kami sudah pun tiba. Dalam kepala masih cuba meyakinkan diri. ITB tidak kelihatan seperti mana-mana universiti di Malaysia. Banyak bangunan lama dan kawasannya juga sempit. Tetapi suasana agak meriah dengan pelajar bergerak ke kelas masing-masing.


Kami pun mencari Aula Timur, tempat seminar dijalankan. Setelah mendaftar kami pun masuk ke dalam dewan tersebut dan mengambil tempat. Terasa sejuk sahaja, tetapi apa yang menarik, dewan tersebut tiada "air cond" malah kipas juga tiada. Walaupun ketika tengah hari, tidak terasa bahang kepanasan dalam dewan tersebut. Itu yang sangat mengagumkan saya. Dengan cuaca Bandung sendiri yang agak sejuk kerana terletak di kawasan tanah tinggi, selain reka bentuk dewan yang unik menyebabkan aliran udaranya sangat baik.

Peserta APS 2010 bergambar kenang kenangan


Struktur dewan yang unik dengan rekabina yang menarik.

Majlis perasmian dilakukan oleh pengarah program sendiri dan diteruskan dengan pembentangan kertas kerja oleh pensyarah jemputan. Saya berangkat ke bilik yang lain kerana sesi saya sudah bermula. Alhamdulillah, pembentangan berjalan dengan lancar.
Makan tengah hari disediakan oleh pihak penganjur. Agak unik, kerana mereka menyediakan makanan tepayanki. Kebiasaannya di mana-mana persidangan, makanan ala bufet disediakan. Dengan minum panas seperti tea dan kopi ketika waktu rehat pagi dan juga minum petang. Tetapi agak berbeza kali ini, kerana mereka menyediakan air tin untuk waktu rehat, em agak kecewa kerana saya memerlukan minuman panas. Mungkin mereka berjimat dan tidak mempunyai bajet yang besar.

Makan tengahari dengan tepayanki, sedap.

Setelah selesai persidangan untuk hari ini, saya hanya berjalan-jalan di kampus melihat suasana belajar di sana. Petang penuh dengan pelbagai aktiviti, ada yang bersukan, ada yang sedang belajar. Ada juga yang melepak-lepak merehatkan diri.

Sebelah malamnya, kami hanya berjalan-jalan di sepanjang Jalan Dago dan membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang. Baju tshirt Bandung sangat menarik. Dengan harga lebih kurang RM6.00, kualiti kain dan corak juga menarik.

Salah satu corak baju Bandung

Cuma yang tak tahan, di jalanan ada yang memaksa untuk membeli barang mereka. Keychain, beg dan macam-macam lagi. Rasa tidak selesa sebab mereka siap ikut kami walaupun kami sudah beredar dari situ. "Berkongsi rejeki" kata mereka. Masalahnya mereka menjual dgn bilangan banyak, tidak dijual satu persatu. Malah ada barang yang rasanya tidak akan dipakai. Jadi membazir pula beli nanti.

Keesokanya adalah hari terakhir seminar, petang besok masih ada masa untuk berjalan dan hari seterusnya barulah kami pulang ke Malaysia. To be continue...

Senibina yang menarik pada dewan berlangsungnya seminar.
Laluan masuk utama ITB

Jumpa juga CIMB, berjuta-juta duit dalam tu..hehe

Suasana kampus ITB.

Salah satu bangunan yang mempunyai senibina menarik.

Seberang jalan berhadapan pintu masuk ITB, kelihatan ramai sedang bersarapan.

Sempat bergambar di hadapan pintu masuk ITB

Hasil seni pelajar Fakulitas Alam Bina, tumbang ditengah jalan.

Landskap di ITB.

Antara bangunan moden yang ada di ITB.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Review Buku: The 5 am Club - Robin Sharma

Sarapan Pagi di Sri Petaling

Satu kehidupan baru, sebuah putaran hidup