MENETAPKAN MATLAMAT 'GOAL'

 "Hidup tanpa matlamat, seperti berjalan di padang pasir"


Menetapkan matlamat menunjukkan kesungguhan kita dalam mencapai sesuatu. Matlamat juga memberi gambaran bahawa anda jelas dengan apa yang anda mahu.

Stephen R. Covey meletakkan penetapan matlamat dalam buku "The 7 Habits of Highly Effective People" dibawah tabiat kedua, "begin with the end of the mind". Melihat perkara apa yang berlaku, adakah itu yang kita inginkan? 

Dalam Islam, seorang muslim meletakkan Syurga dan Neraka sebagai matlamat. Syurga sebagai tempat yang dihajati, dan Neraka sebagai tempat pengakhiran yang dijauhi. Maka wujudlah alam makruf, nahi mungkar iaitu mengajak kepada kebaikan dan menghalang dari kejahatan.

Bagaimana dengan anda? adakah anda mempunyai GOAL? Matlamat boleh diletak untuk jangka masa yang sigkat, sedehana atau jangka masa panjang. Matlamat untuk kehidupan, kerjaya, kekayaan, keluarga dan macam-macam lagi.


BAGAIMANA MENETAPKAN MATLAMAT (GOAL SETTING)

Beberapa kriteria perlu dibuat untuk menetapkan matlamat. Kita ambil contoh, kita ingin menguruskan ('kurus') badan, bagaimana kita tetapkan matlamat?

AKU NAK KURUS....

AKU AKAN KURUS..

HUJUNG TAHUN NANTI AKU KURUS...

Apabila kita tampal dinding bilik, adakah cukup untuk kita capai matlamat? Oh ya, apa matlamat kita? Untuk kurus. Bagaimana definisi kurus? Bagaimana kita nak tahu yang kita sudah kurus?


Disini ada perkara paling penting iaitu, matlamat kena jelas dan ada PENGUKURnya. 

1. JELAS dan BOLEH DIUKUR

Perlu kita tetapkan matlamat yang boleh diukur, dan semesinya jelas. Kita ambil contoh, matlamat kita nak kurus. Adakah jelas? Ada orang yang rasa dirinya kurus walhal pada orang lain tidak. Ada yang rasa dirinya gemuk, tapi orang lain nampak dia kurus sahaja.

Maka perlu jelas, dan bagaimana nak ukur. Mengukur kurus ada beberapa kaedah. Kita ambil salah satu yang mudah, iaitu dengan mengukur berat badan.

Contoh, jika anda mempunyai berat 100kg, anda ingin turunkan ke 80kg. Iaitu pengurangan sebanyak 20kg. 

Jelas? 

Pastunya jelas, kerana kita mengira berdasarkan penurunan berat. Tidak kira bagaimana rupanya kita sama ada perut "6-packs" atau masih boroi, yang penting berat turu.

Boleh diukur?

Kita mengukur penurunan berat badan yang boleh dibuat menggunakan penimbang berat. sangat mudah dan jelas.

Tapi bila untuk turunkan berat badan? Berapa lama kita perlukan? 1 tahun, 1 bulan, 10 tahun? Bolehkah kita bertahan jika sampai 10 tahun?

Maka kita teruskan ke ciri kedua...


2. TEMPOH MASA

Menetapkan jangkamasa sesuatu matlamat menjadikan kita lebih bermotivasi dan tahu tahap kita (progress). Kita ambil contoh, menurukan berat badan. Berapa lama yang anda perlukan untuk menurunkan berat badan dari 100kg ke 80kg? Contoh, dalam masa setahun, maka Jun 2022 anda akan berjaya mencapai berat 80kg.

Maka terhasillah GOAL

Matlamat aku, menurunkan berta badan dari 100kg ke 80kg selama setahun iaitu pada Jun 2022

Bagaimana? Lebih jelaskan. 

Penetapan matlamat ini kita dapat kira, pantau, dan tahu pada Jun 2022 adakah kita berjaya atau tidak.


3. MAMPU DICAPAI

Goal perlulah yang mampu dicapai. Itu penting untuk mengelakkan kita berada dalam fantasi keinginan melampau tanpa mengetahui had. Akhirnya akan kecundang awal dek kerana matlamat yang mustahil untuk dicapai.

Biar sedikit, kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


TEKNIK 'SMART'

Ketika menetapkan matlamat, akronim SMART banyak digunakan dalam menghasilkan matlamat yang jitu. SMART adalah:

S - Specific
M - Measurable
A - Attainable (Mampu dicapai)
R - Relevant/Realistic
T - Time-Based

Ianya sama seperti diterangkan di atas. 


TULIS MATLAMAT ANDA

Pastikan matlamat tersebut ditulis dan diletakkan di tempat yang mudah dilihat oleh kita. Ini membolehkan matlamat tersebut terpahat dalam minda separuh sedar. Boleh juga diletakkan sebagai 'wallpaper' telefon bimbit. Manusia kan selalu lupa, dengan menulis dan diletakkan di tempat yang kerap kita lihat, akan menjadikan matlamat tersebut sebati dengan jiwa kita. Sentiasa diingati.


TANPA MATLAMAT, JALAN TIDAK BERPENGHUJUNG

Tanpa matlamat jelas seperti berjalan tanpa penghujung. Kita hanya akan mengikut arus, laju arusnya makan laju lah kita. Ke mana arus itu pergi, ke situlah kita menghala. Hasilnya hanyut ditarik arus. Bermain bole tanpa matlamat, maka akan bergoleklah bola tu kegenap penjuru, tapi tiada yang menjaringkan gol. 

Sebuah pasukan juga perlu ada matlamat yang jelas. Jika tidak, sesuatu pasukan atau syarikat tidak akan bergerak ke depan malah prestasi juga tidak meningkat.

Matlamat juga menyedarkan kita jika kita sudah terkeluar dari landasan, terleka dengan pelbagai perkara. Tetapkan matlamat anda, kerana matlamat tertinggi adalah berjumpa Tuhan yang Esa dan dimasukkan ke dalam Syurga.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Review Buku: The 5 am Club - Robin Sharma

Sarapan Pagi di Sri Petaling

Satu kehidupan baru, sebuah putaran hidup