Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel motivasi

Mencari Kebaikan dalam Berlari

Imej
Perkara biasa yang didendangkan sama ada di media sosial, surat khabar atau majalh kesihatan, berlari memberi banyak kebaikan. Tapi betul ke?  Bukan ke sakit badan, sakit kaki, sakit lutut lepas berlari?  Ada yang sakit jantung sebab berlari, sihat sangat ke tu? Banyak perkara yang perlu diambil kira untuk berlari. Ada yang berlari santai, ada yang mengejar masa dan kelajuan, ada pula berlari untuk menghilangkan stress dan pelbagai lagi. Saya ceritakan di sini, apa kebaikan yang saya dapat apabila kerap berlari. Lebih baik saya ceritakan dari pengalaman saya dan apa yang saya nampak, rasa dan dengar. Betul tak? 1. Pernafasan Ini perkara yang saya selalu perasan apabila kerap berlari, pada waktu-waktu biasa kita akan rasa lebih selesa bernafas. Apa sebelum ni tak selesa ke? Pernah kan rasa nak tarik nafas terasa berat? Atau, rasa seperti ada sesuatu dalam rongga pernafasan kita. Ada pula tiba-tiba rasa lubang hidung mengecil, rasa sempit sahaja ruang bila kita tarik nafas. Apab...

Kenapa Orang Lain Tidak Mahu Berubah?

Imej
"Isteri aku ni selalu tak kemas rumah, bersepah je rumah bila aku balik kerja", ngomel amin kepada rakan sekerjanya. "Pelajar ni tak faham-faham. Penat kita ajar dalam kelas. Bila suruh buat latihan tak nak buat" Tidak Mahu Berubah Acap kali kita mengharapkan perubahan berlaku disekeliling kita. Semestinya perubahan tersebut menghala kepada kebaikan. Namun yang terjadi adalah sebaliknya. Tiada siapa yang berubah atau mahu melakukan perubahan. Keadaan ini mungkin berlaku di rumah, di tempat kerja atau di jalan raya. Si guru yang mahukan anak muridnya menjadi rajin. Anak murid mahukan cikgunya mengajar dengan lebih baik. Isteri yang mahukan suaminya berubah kepada rajin menolongnya di rumah. Suami pula mahukan isteri rajin di rumah. Pemimpin mahukan yang dipimpin meningkatkan prestasi. Yang dipimpin pula mahukan pemimpin mengambil berat kebajikannya. Jadi siapa yang patut berubah? Apa Tindakan Kita Manusia diberi akal fikiran untuk berfikir. Dengan akal ters...