Mencari Kebaikan dalam Berlari



Perkara biasa yang didendangkan sama ada di media sosial, surat khabar atau majalh kesihatan, berlari memberi banyak kebaikan. Tapi betul ke? 

Bukan ke sakit badan, sakit kaki, sakit lutut lepas berlari? 

Ada yang sakit jantung sebab berlari, sihat sangat ke tu?

Banyak perkara yang perlu diambil kira untuk berlari. Ada yang berlari santai, ada yang mengejar masa dan kelajuan, ada pula berlari untuk menghilangkan stress dan pelbagai lagi.

Saya ceritakan di sini, apa kebaikan yang saya dapat apabila kerap berlari. Lebih baik saya ceritakan dari pengalaman saya dan apa yang saya nampak, rasa dan dengar. Betul tak?


1. Pernafasan

Ini perkara yang saya selalu perasan apabila kerap berlari, pada waktu-waktu biasa kita akan rasa lebih selesa bernafas. Apa sebelum ni tak selesa ke? Pernah kan rasa nak tarik nafas terasa berat? Atau, rasa seperti ada sesuatu dalam rongga pernafasan kita. Ada pula tiba-tiba rasa lubang hidung mengecil, rasa sempit sahaja ruang bila kita tarik nafas.

Apabila kita tarik nafas, tiada rasa tersekat-sekat. Lebih mudah dan lebih segar. Ini sangat berkaitan dengan kesihatan paru-paru kita dan kecekapan paru-paru mengepam oksigen.


2. Kemerah-merahan

Em, kira kebaikan ke ni? Ini untuk yang kulit cerah, biasanya lepas berlari, kulit akan kemerah-merahan disebabkan dari mengalir lancar. Jelas kelihatan di muka. Tapi untuk macam saya yang kulit coklat, tak berapa nampak la.


3. Hilang Sakit Belikat

Ya, ini satu tip yang jarang jumpa. Biasakan sakit belikat? Biasanya sakit belikat ni menggangu kita untuk bekerja, memandu (sebab susah nak toleh) malah menggangu tidur kita.

Cara biasa adalah pergi berurut. Jika anda mengurut dengan pakar atau tukang urut, kebiasaannya akan hilang. Tapi, kalau anda minta pasangan anda yang picit semestinya sukar nak hilang. Bukan sebarang skil untuk mengurut belikat ni.

Saya sarankan, pergi berlari. Insyaallah selesai berlari, akan hilang sakit belikat. Ini banyak kali saya amalkan.

>> sebenarnya, sedap juga kena urut. Tapi sakit kena urut tu boleh tahan juga. Menjerit dibuatnya.


4. Mudah derma darah

Yang ni menarik juga. Biasanya kalau anda sudah amalkan berlari atau bersukan secara berkala ni, apabila pergi menderma darah, agak mudah dan cepat darah anda memenuhi bekas atau beg darah tersebut. Boleh cuba nanti.


5. Hilang sakit lutut

Baik. Untuk sakit lutut ni, perlu rujuk doktor anda ya. Saya hanya ceritakan pengalaman yang mana mungkin tak sama situasi kesakitan.

Untuk saya, pernah cedera (minor) lutut ketika bermain bola beberapa tahun lepas, terasa sukar membengkok lutut atau untuk tegak semula terutama ketika bersukan.

Baru-baru ini, saya mulakan kembalik larian sebagai persediaan liga bola sepak alumni. Hari pertama, terasa semua urat ketat, lutut yang pernah cedera tu mula berasa sakit. Saya mula risau takut melarat dan akhirnya perlu menggantung but. Keesokkan harinya, saya teruskan larian, kali ini lebih jauh. Ajaibnya saya tidak lagi rasa kesakitan di lutut dan dapat berlari denga selesa. (tapi biasa la, tempat lain pula sakit. Lama sangat berehat)


Ini beberapa kebaikan yang biasa saya hadapi bila secara konsisten berlari. Saya sarankan berlari sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, perlu ada hari rehat, dan sekurang-kurangnya 30 minit. Untuk permulaan, untuk yang baru nak berjinak-jinak berlari ni, saya sarankan mulakan dengan berjalan dahulu beberapa kilometer selama 30 minit. Setelah beberapa sesi, bila mula rasa selesa boleh berlari perlahan-lahan.

Satu lagi, perlu menjaga degupan jantung. Oleh itu, pastikan anda pakai jam 'fitness' yang boleh mengesan degupan jantung. Sangat penting supaya dapat mengelak terkena serangan jantung.


Selamat berlari



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Review Buku: The 5 am Club - Robin Sharma

Sarapan Pagi di Sri Petaling

Satu kehidupan baru, sebuah putaran hidup