Di penghujung 2010. Cabaran Baru Menanti
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan umur untuk tiba ke 2011. Mengimbau kembali liku-liku 2010, banyak peristiwa manis yang berlaku. Yang terbaru dan terutama, saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan. Syukur sangat-sangat kerana dipermudahkan segalanya.
Sebelum itu, selesai menghantar tesis PhD sebulan sebelum majlis perkahwinan. Cuma ada satu pembentangan perlu dilakukan, nasib juga sempat selesai 3 hari sebelum akad nikah:-)
Tahun ini, masa banyak dihabiskan dengan menyiapkan tesis. Memang letih teramat sangat, mengarang bukanlah bidang yang saya minat apatah lagi dalam bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun segalanya selesai, walaupun rasa nak perbetulkan lagi, tapi cukuplah rasanya. Moga pemeriksa dilembutkan hati mereka menanda dan memberi komen. Sekarang, perlu menunggu masa untuk Viva sahaja. InsyaAllah segalanya akan selesai dengan jayanya.
Buat mak dan abah, terima kasih banyak-banyak kerana memahami anakmu ini. Sentiasa memberi sokongan tak berbelah bagi, sabar dengan kerenah anakmu yang baran mudanya masih ada. Abang mohon maaf atas segala salah silap selama ini dan akan datang.
Buat isteriku, terima kasih menerimaku seadanya. Menerima suamimu yang tiada harta untuk dihulur, tapi kudrat yang ada tidak akan dipersiakan untuk suamimu ini menjalankan tanggungjawab.
Buat adik-adikku, terima kasih terutama dalam membantu menguruskan majlis perkahwinan abangmu ini. Belajarlah rajin-rajin, jangan persiakan pengorbanan mak dan abah. Jaga mak dan abah baik-baik. Semoga ikatan kekeluargaan kita sentiasa terikat utuh kerana Allah.
Buat bapa dan mak sedara, Pak Long, Mak Long, Pak Uda, Mak Uda, Pak Su, Mak Su dan juga Ayah Ngah Mak Ngah, Ayah Da Mak Da, Pak Tam Mak Tam, Pak Chu Mak Chu. Terima kasih atas segala bantuan yang diberi selama ini. Mohon ampun dan maaf atas segala salah silap, terlanjur kata, terlajak perbuatan.
Sepupu-sepupu sekalian, terima kasih atas bantuan kalian. Yang lelaki, bila nak amin futsal ni? hehe
Moga ukhuwah sentiasa terjalin antara kita semua.
Kepada rakan-rakan, terima kasih kepada yang hadir memeriahkan majlis hari tu, doakan kebahagiaan kami dunia akhirat. Juga kepada yang memberi ucapan tahniah, terima kasih banyak-banyak.
2010 sampai ke penghujung, ditutupkan dengan cuti sempena kemenangan bersejarah Malaysia dalam Piala AFF Suzuki.(Terima kasih PM sebab bagi cuti). 2011 akan tiba dengan cabaran baru, dalam dimensi yang berbeza kerana kini tanggungjawab sudah bertambah.
Memang risau bila memikirkan kemungkinan yang akan berlaku, semuanya saya berserah kepada Allah. Moga dipermudahkan segala perjalanan.
Selamat tinggal 2010, selamat datang 2011...
Ulasan
Catat Ulasan