Menanti detik 3 hari
Tinggal 3 hari lagi sebelum bergelar seorang suami. Risau? Tidak juga, hari ini terasa sangat lega. Baru sahaja selesai pembentangan bagi melengkapkan syarat PhD petang tadi. Alhamdulillah, lepas ini hanya perlu tunggu laporan dari pemeriksa dan juga Viva. Pembentangan tadi juga berjalan lancar dengan penuh keyakinan..hehe
Beberapa bulan ini sangat sibuk dengan urusan menyiapkan tesis. Biasalah, walaupun sudah dibuat awal, tapi "last minute" pasti banyak perkara yang perlu ditambah tolak. Kesian pada mak dan abah sebab banyak urusan perkahwinan yang mereka selesaikan.
Abah berulang-alik dari melaka-KL hampir tiap-tiap hari semata-mata untuk menyelesaikan pelbagai persiapan perkahwinan.
Alhamdulillah, semua sudah selesai. Walaupun tinggal 3 hari je, tak banyak perkara yang perlu dilakukan, cuba pastikan semua berjalan lancar. Terima kasih mak dan abah.
Perancangannya, saya akan bergerak jumaat ini, yang lain bergerak sabtu. Alhamdulillah, sedara ramai juga yang mengiring. Harap semua selesa tinggal di "homestay" nanti. Seronok sangat bila ramai sedara mara akan hadir memeriahkan majlis. Moga-moga ukhuwah yang terjalin akan semakin erat dengan bertambahnya ahli baru dalam keluarga-)
Saya mohon semua doakan kebahagian kami, jemput lah datang ke kenduri di Kuala Lumpur, 19 hb ini.
Ulasan
Catat Ulasan