Berjalan ke Bandung - Part 3
Salam semua. Lama juga tergantung cerita ke Bandung ini. Jadi ini sambungan yang terakhir trip kami ke Bandung. Satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. Pada yang ingin tahu permulaan cerita, bolehlah melusuri topik Berjalan ke Bandung - Part 1 dan Part 2. Hari ke 3 iaitu hari terakhir bagi seminar, diadakan majlis penutup dan sesi bergambar. Semua acara tamat pada pukul 12.oo tengah hari, jadi kami berjalan balik sambil mencari kedai untuk makan tengah hari. Kebetulan Prof teringin makan ikan, jadi ada sebuah restaurant seafood di situ. Tempat menarik, cuma biasalah di tempat orang, pilihan menu sukar difahami. Selesai makan tengah hari, masing-masing pulang ke bilik. Semua kelihatan letih, jadi plan asal kami untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Bandung dibatalkan. Tetapi, saya rasa sangatlah rugi untuk hanya duduk dibilik. Maka saya bersiap-siap dan terus keluar.
Mulanya saya hanya berjalan melusuri Jalan Dago. Melintasi kawasan sekolah menengah tidak silap saya. Niatnya ingin ke Pasar Besar sebab dikatakan banyak barang-barang dengan harga yang murah. Setelah bertanya arah dengan seorang cewek (terasa seperti menonton sinetron secara Live, hehe), saya pun mengambil keputusan menaiki teksi ke Pasar Besar. Melalui bandar lama Bandung yang penuh sesak, akhirnya sampai juga ke pintu hadapan Pasar Besar. Sebuah bangunan seperti Pekan Rabu di Alor Setar, Kedah, begitulah Pasar Besar. Menjual pelbagai aneka barang keperluan. Tujuan utama saya untuk ke sana adalah membeli telekung dan sejadah untuk dijadikan hantaran. Alhamdulillah, banyak pilihan dan cantik-cantik belaka. Rasanya kalau dibawa teman dari Indonesia, pasti diskaunnya lebih banyak. Setelah sejam membeli belah, saya pun terus keluar dari Pasar Besar. Tetapi teksi teramat sukar didapati disebabkan jalan yang sesak.
Seorang pakcik datang menghampiri saya dan mengajak naik becanya. Pada awalnya saya menolak, tapi pakcik tersebut memujuk saya. Cara percakapannye yang lembut, rasa kesian juga. Pakcik tu memberitahu, teksi memang susah masuk ke jalan hadapan Pasar Besar disebabkan kesesakan lalulintas, jadi dengan beca dia akan membawa saya ke hentian teksi yang terdekat. Jadi saya pun menerima pelawaan pakcik tersebut, saya kira umurnya cecah 60 tahun. Becanya agak berbeza dari beca di Melaka, dengan basikal dibelakang dan becanya di hadapan. Tanpa sebarang penghadang, jika brek secara tiba-tiba, boleh terpelanting keluar saya dibuatnya. Rasa agak ngeri, menyelit di celah-celah kereta, melawan arus pula. Senak perut dibuatnya.
Alhamdulillah saya tiba ke hentian teksi dengan selamat. Bayarannya, seikhlas hati katanya. Jadi saya hulur sahaja apa yang ada dalam poket. Dari situ saya terus pulang ke hotel menaiki teksi disebabkan Maghrib sudah pun dekat. Bersembang-sembang dengan pak supir, tentang sukarnya mencari rezeki di Indonesia membuat saya rasa bersyukur. Pak supir beberapa kali berkata, Malaysia beruntung, dengan nilai duitnya tinggi. Memang benar, dengan nilai matawang Rupiah yang rendah, membantutkan peningkatan ekonomi mereka. Kuasa membeli kurang, maka sukar untuk mendapat pendapatan yang baik. Walaubagaimanapun, saya kagum melihat kegigihan mereka mencari rezeki. Bekerja siang malam walaupun hasil yang sedikit. Lebih baik dari tiada. Syukur kita hidup di Malaysia.
Hari Terakhir
Seawal pukul 6.00 pagi, kami bersedia dengan bagasi untuk pulang. Selepas bersarapan, kami terus 'check out' dan menaiki teksi 'bluebird' ke stesen keretapi. Penerbangan kami dijadualkan jam 1.00 petang di Jakarta, yang memakan masa 2 jam dari Bandung. Kali ini kami mengambil keputusan untuk menaiki keretapi ke Jakarta. Kami tiba di stesen keretapi jam 9.30 tetapi keretapi sudah mula bergerak. Terpaksalah kami berlari mengejar keretapi ala cerita Bolywood pula, tanpa tiket dan dibantu porter-porter di sana yang mengangkat beg kami, sempat juga kami naik. Disebabkan keretapi seterusnya hanya akan ada jam 11.00 pagi, kami tiada pilihan kecuali naik juga pada waktu sekarang. Kami hanya membeli tiket dengan operator tiket di dalam keretapi. Walaupun mahal sedikit (RM30), tapi lebih baik dari terlewat. Malah saya rasa sangat berbaloi melihat pemandangan yang indah melusuri bukit bukau, kelihatan padi huma menghijau. Memang menakjubkan, Subhanallah.
Jika selama ini hanya dapat melihat gambar-gambar dalam buku geografi, kali ini saya berpeluang menikmati keindahan alam dari kaca tingkap secara langsung. Saya tak mampu berkata apa-apa, anda boleh lihat gambar-gambar di bawah.
Jika selama ini hanya dapat melihat gambar-gambar dalam buku geografi, kali ini saya berpeluang menikmati keindahan alam dari kaca tingkap secara langsung. Saya tak mampu berkata apa-apa, anda boleh lihat gambar-gambar di bawah.
Akhirnya kami tiba di Jakarta dan terus ke lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta dan menaiki penerbangan Air Asia pulang ke Malaysia.
Assalamualaikum Tuan/Puan.
BalasPadamSaya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.