Malaysia Layak Ke Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia



Bola sepak Malaysia kembali meriah dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh pasukan negara. Dimulakan dengan kejayaan pasukan Olimpik Bawah 23 tahun negara melayakkan diri ke pusingan akhir kelayakan Olimpik peringkat Asia. Kejayaan menewaskan Pakistan pada pusingan pertama dan kemenangan menewaskan Lubnan di pusingan kedua melayakkan Malaysia berada dalam kelompok 16 pasukan terbaik Asia.

Terbaru, pasukan Harimau Malaya berjaya layak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 setelah seri dengan aggreget 4 – 4 ketika bertemu Taiwan. Malaysia layak atas jaringan tempat lawan.

Banyak yang diperkatakan oleh peminat mengenai prestasi pasukan Malaysia ketika ini. Bagi saya, mereka bermain dengan baik, tetapi beberapa kesilapan dan kealpaan pemain menyebabkan Malaysia berada dalam keadaan tertekan ketika perlawanan timbal balik menentang Taiwan tempoh hari. Kelibat penyerang sensasi Malaysia, Safee Sali tidak kelihatan akibat kecederaan yang menimpa. Malah, rakan dibahagian serangan ketika pertandingan AFF, Norshahrul Idlan Talaha yang baru sahaja sembuh dari kecederaan, masih belum cergas sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, pretasi penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee amat memberangsangkan. Berjaya menyelamatkan satu dari 3 sepakan penalti, selain berjaya mengekang percubaan-percubaan yang dilakukan pemain Taiwan sepanjang 90 minit permainan. Nampaknya persaingan sebagai penjaga gawang utama Malaysia sengit yang mana menjadi rebutan antara Sharbinee dan juga Khairul Fahmi Che Mat. Sharbinee yang menjadi pilhan pertama jurulatih Datuk K. Rajagopal ketika perlawanan pertama Piala AFF menjadi satu mimpi ngeri apabila bolos 5 kali ketika menentang Indonesia. Selepas itu, Khairul Fahmi menjadi pilihan sebagai penjaga gawang no 1 negara. Namun begitu, keputusan K. Rajagopal membuahkan hasil apabila Fahmi berjaya mengalas tugas dengan cemerlang. Sementara itu, tempoh rehat yang lama buat Sharbinee nampaknya berjaya memulihkan kembali keyakinan malah permainan Sharbinee tampak lebih kemas.


Dibahagian tengah, Safiq Rahim berjaya mengemudi barisan pasukan Malaysia dengan melakukan hantaran-hantaran tepat, rajin bergerak di seluruh penjuru padang selain menjaringkan dua gol menarik. Namun begitu, Amar Rohidan kelihatan banyak melakukan kesilapan terutamanya kerap melepaskan bola ke pihak lawan. Seorang lagi pemain yang menunjukkan permainan menarik adalah Amirul Hadi. Pemain Selangor ini berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Taiwan dari bahagian sayap dengan larian-larian pantas.

Gandingan Fadzli Shas dan Aidil Zafuan di bahagian pertahanan diapit Mahali Jasuli dan Asraruddin Putra tampak kurang konsisten dengan beberapa kesilapan yang hampir memakan diri. Mungkin Muslim Ahmad mempunyai penyelesaiannya bagi mengukuhkan lagi benteng pertahanan negara.

Apapun, pemain Harimau Malaya menunjukkan kematangan dan kawalan diri yang baik. Walaupun pengadil dari Vietnam kelihatan berat sebelah dalam member keputusan yang tidak berpihak kepada Malaysia, pemain tetap kekal tenang dan fokus kepada permainan. Peristiwa ketika Sukan Asia lalu menentang China yang mana 3 orang pemain Malaysia dilayangkan kad merah berjaya dielakkan. Bagaimanapun, melihat pada format kelayakan Piala Dunia, perjalanan ke Piala Dunia masih jauh. Jika berjaya menewaskan Singapura di pusingan kedua, Malaysia akan berada dalam kelompok 20 pasukan terbaik Asia yang mana 20 pasukan ini akan dibahagikan kepada 5 kumpulan. Juara dan naib juara setiap kumpulan (10 pasukan) akan dikumpulkan untuk mara ke pusingan ke 4 dan dipecahkan kepada 2 kumpulan (5 pasukan satu kumpulan). Pada pusingan ke 4 ini, juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke Piala Dunia mengisi keempat-empat slot wajib Asia. Bagi pasukan di tempat ketiga bagi kedua-dua kumpulan akan bermain dalam ‘Playoff’ untuk perlawanan timbal balik. Pemenang akan bertemu dengan pasukan dari benua lain (Pasukan Latin atau Oceania) untuk perlawanan ‘Playoff’ bagi mengesahkan satu lagi slot ke Piala Dunia.

Perjalanan masih jauh, namun bergitu TAHNIAH PASUKAN HARIMAU MALAYA yang berjaya mengharumkan nama negara. Teruskan perjuangan demi Tanah Tumpah Darah Kita..


:- Format kelayakan Piala Dunia peringkat Asia

:- Ranking pasukan-pasukan Asia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Review Buku: The 5 am Club - Robin Sharma

Sarapan Pagi di Sri Petaling

Satu kehidupan baru, sebuah putaran hidup