Kenduri, Mee Bandung dan Kasut Hilang..
Lama juga saya tak menulis, disebabkan kesibukan untuk persediaan pembentangan di seminar tidak lama lagi. Kali ini, saya ingin menulis tentang perjalanan kami ke Batu Pahat, Johor. Dari Kuala Lumpur menyusuri PLUS memang cepat. Lebih kurang 3 jam sahaja sudah sampai. Jadi saya, Naim dan Shimi bergerak dari Ampang jam 11.00 pagi menaiki kereta Naim. Kemudian singgah ke Bangi mengambil Zhafran. Maka kami meneruskan perjalanan. Oh ya, tujuannya adalah menghadiri kenduri kahwin kawan sekolah kami dahulu di MRSM, Saudara Taufiq atau biasa dipanggil Maula. Perjalanan di lebuh raya hanya sampai di susur keluar Tangkak, kawan kami Najib menunggu di Muar untuk bergerak sekali ke kenduri. Kami tiba di Sungai Abong Muar jam 1.00 petang. Disebabkan Zohor pun dah masuk, kami singgah lah solat berjemaah di Masjid. Al-kisahnya, selesai solat, kasut saya sudah tiada. Emm tak terkata dibuatnya sebabkan baru dua kali memakainya. Memang ada rasa tidak sedap hati semasa awal-awal lagi, jadi dialihkan kasut ketempat lain, tapi apakan daya, bukak rezeki saya. Jadi kami singgah seketika di rumah Najib, saya pun pinjam lah selipar Najib.
Kami meneruskan perjalanan ke Batu Pahat menaiki Myvi milik Najib. Agak mudah disebabkan Najib tahu jalan ke rumah Muala, jadi tidak perlu risau lah untuk sesat. Kami tiba agak labat, dalam jam 2.00petang. Setibanya kami, pengantin pun baru sahaja tiba, jadi sempat lah tengok pengantin berarak. Menarik melihat adat orang Johor dan acara gotong royong masih lagi kekal menyebabkan suasana menjadi meriah.
Emm terjumpa seseorang yang agak lama tak ketemu setelah tamat sekolah, Saiffil Faris. Presiden Badan Wakil Pelajar di MRSM dahulu rupanya tinggal sekampung dengan pengantin. Kecilnya dunia, sempat melihat dia bersilat untuk pengantin. Selepas makan dan menangkap gambar, kami pun singgah di rumah Saiffil yang dekat sahaja dari rumah pengantin. Lama juga kami bersembang, Saiffil menceritakan serba sedikit perniagaan yang sedang dia lakukan. Sungguh bersemangat mendengar idea-idea yang diberi.
Selesai sahaja kami dibawa berjalan-jalan oleh Najib di sekeliling bandar Muar, singgah juga di Tanjung Emas. Tempat nya menarik, menusuri sungai muar dan dipenuhi keluarga yang beriadah di petang hari.Misi terakhir, makan mee bandung Muar. Kata orang, mee bandung sini sangat lah sedap. Kami menyeberang sungai Muar dan singgah di satu gerai berdekatan jalan utama menghala Tangkak.
Agak lama menunggu mee siap, sampai sahaja dilihat mee nya rupa tak ada, haha tapi bila disuap..emmm sedap, lazat, tak terkata. Masing-masing menikmati mee bandung tanpa banyak soal. Rasa mahu tambah, tapi memikirkan lambat siap, dan waktu pun sudah lewat, jadi 'cancel' kan sahaja niat tersebut. Tak apa, lain kali boleh merasa lagi.
Selepas menghantar Najib, kami pun terus pulang ke Kuala Lumpur. Masing-masing kepenatan dan kekenyangan. Kami tiba lebih kurang jam 10.00 malam. Tak sempat layan Perlawanan Akhir Fa Cup. Apapun pengalaman yang menarik yang saya lalui, dan juga kesimpulanya, jangan beli kasut mahal-mahal. Kali ini sudah dua kali saya hilang kasut, kedua-duanya di masjid, dan harga boleh tahan lah.
klu ak marking paper BM utk SPM ko, grenti ak kasik A+++ punyer.... sungguh tersusun kata2 mu itu... ada pembuka, isi dan penutup... hohohoho
BalasPadamnasib baik ko x crita pasal kes di rumah saifil yg pelbagai tu, klu x... maluuu sehhh... :D
haha,,bab kat situ tak boleh cerita. Rahsia sape yang pergi. Ok la kan, lama tak buat karangan. Bila lagi nak buat esei bahasa melayu. Jadi tulis formal sedikit la-)
BalasPadam