Bukan Mudah Hendak Berniaga
Pertama kali terlibat dengan Car Boot Sale. Tujuan asalnya nak membersihkan barang-barang dalam stor terutama pakaian-pakaian. Biasalah, pakaian 'mengecut' saban tahun.haha
Jadi, cik isteri hubungi Car Boot Sale Bangi, bayaran hanya RM20 untuk satu sesi. Sabtu atau Ahad dari 8 pagi hingga 12 tengah hari. Kami pilih hari Sabtu.
Car Boot Sale ni terletak berdekatan dengan McD Bangi, sebelah bangunan PKNS. Jadi taklah terlalu jauh dari rumah kami kat Jenderam.
Hari Khamis sebelum CBS tu, kami pun selongkarlah segala harta dalam kotak-kotak. Kebanyakannya dah pun disusun ikut jenis, cuma kali ni perlu pilih mana yang nak dijual.
Dapat empat kotak jugalah. Kebanyakannya barang cik isteri. Baju, seluar, tudung. Saya ada lah 4 5 helai pakaian. Selain tu, jual kamera Nikon yang lama, usb player (nak tengok movie di tv) dan juga GPS jenama Lockatoo. Jual pun murah-murah je.
Sabtu pagi, dalam 7.30 dah gerak dari rumah. Kami naik dua kereta sebab satu kereta tu penuh dengan barang. Kereta Savvy, walaupun kecil, bila diturunkan semua kerusi dah jadi macam van. Jadi muat juga la nak letak kotak-kotak dan barang lain. Cik isteri pula bawa anak-anak pergi beli sarapan.
Bila sampai, ada seorang pekerja tunggu dan tunjukkan tempat. Disebabkan kami dah tempah dan bayar online, nombor plat kereta sudah pun dicatat. Jadi senang lah masuk. Konsep, siapa cepat dia dapat. Mana sampai dahulu kena lah letak kereta paling hujung.
Kebetulan rezeki kami, pagi-pagi tu redup je. Risau juga kalau hujan. Target: nak pastikan balik modal iaitu RM20. Kalau tak, rugi je lah kan.
Awal-awal pagi ramai juga yang datang tengok-tengok. Kebanyakannya baru balik jogging. Crowd tak terlalu ramai. Tapi ok lah. Cuma budak-budak lah cepat bosan. Kakak Nana pula bila ramai dah start beli, seronok lah dia.
Dalam jam 10 barulah ramai yang datang. Ramai yang memang nak cari barang-barang terpakai. Yang menariknya kat sini, ramai yang memang jual barang-barang terpakai. Ada lah 2 3 kereta je yang jual barang baru. Jadi pelanggan ada banyak pilihan. Ye lah, lain tempat lain saiznya.
Pukul 11.45 kami pun kemas-kemas. Ada yang dah pun pulang lebih awal. Harinpun dah panas. Peluh menitik-nitik. Habis juga satu kotak. Rezeki hari ni, banyak juga lah untung. Boleh buat dana balik kampung. Cadang esoknya nak sertai lagi. Kali ni nak jual baju kanak-kanak pula. Ada dua kotak kat rumah tu nak kena sort balik.
Dua-dua ni dah penat sangat. Baru sejam.Hehe |
Ulasan
Catat Ulasan