Membeli-belah di OneBabyWorld
Selepas beberapa kali membelek laman web www.OneBabyWorld.com, akhirnya sampai juga ke kedai yang terletak di Taman Permata. Betul-betul di belakang Giant Taman Permata, di atas Old Town White Coffee (tingkat 3). Kalau dari lebuhraya MRR2, boleh nampak dengan jelas pasaraya Giant. Barang yang ingin dibeli, 'breast pump'. Sebelum ini, kami memang ada beli 'breast pump' yang manual jenama Pureen, tapi kurang berhasil. Melalui majalah Pa&Ma, banyak pilihan pam berserta set sekali. Setelah membelek beberapa kali, pam jenama Medela atau Spectra menjadi pilihan. Jadi bila pergi ke kedai, targetnya adalah kedua-dua jenama pam tersebut. Avent bagaimana? Huish...terlalu mahal dan diluar kemampuan. Selepas bertanya beberapa perkara dengan pekerja di situ, akhirnya Medela menjadi pilihan. Mini Electric pump yang mana boleh menggunakan bateri atau terus menggunakan plug.
Penuh satu beg. |
Jadi saya pun ambil pakej yang disediakan, dengan harga RM490, termasuk beg simpanan susu, bra menyusu, botol simpanan susu (10 botol), pek ais dan tempat pengering botol. Rasa berbaloi juga la. Kalau di luar, harga pam sahaja RM 469, kalau termasuk dengan barang-barang lain, mahu lebih RM500++.
Barang-barang yang terdapat dalam set. |
Sambil itu, sementara menunggu di kaunter, sambar satu 'legging' untuk Adriana. Banyak warna dan saiz, tapi untuk bayi umur bawah 6 bulan, tinggal warna hitam sahaja. Boleh la, saja nak mencuba. Boleh juga sarungkan di kaki Adriana.
Legging Adriana |
Nanti bila Eza dan Adriana dah balik ke KL, boleh datang lagi. Banyak barang yang boleh dibeli.
Peta lokasi kedai OneBabyWorld, tingkat 3. |
Ulasan
Catat Ulasan