Persidangan, berehat, bercuti, kerja dan...

Empat hari persidangan hampir sahaja ke penghujung. Kesejukan Awana Genting Highland ni yang membuatkan rasa macam malasnya nak balik. Tapi rindu la kat dua orang 'gegirl' kat rumah. Pembentangan pun dah selesai petang tadi. Seperti biasa, habis awal dari masa yang ditetapkan. Belum sempat penjaga masa nak tekan loceng, aku berhenti dah.
International Meeting Frontier Physics, yang menarik konferen kali ini, ramai pembentang jemputan dari pelbagai negara yang datang berkongsi penyelidikan masing-masing. Walaubagaimanapun tak ramai peserta pembentangan yang hadir. Berbaloi juga duduk 4 hari di sini, selain dapat melegakan kepala dari kerja-kerja yang tak pernah habis di pejabat, sempat juga membaca jurnal-jurnal, sempat juga siapkan paper untuk dihantar. Tapi rasa rugi sebab tak bawa isteri dan anak sekali. Tak apalah, lain kali boleh la bawa jalan-jalan kat sini.
Harga hotel di Awana ni memang mahal. Untuk bari biasa, harga lebih dari RM300. Malah penganjur konferen pun hanya dapat RM296 sahaja. Sangat mahal dan melebihi bajet yang diluluskan (sebab guna geran). Akhirnya aku cubalah guna Booking.com, RM540 untuk 3 malam. Murah tak? Hehe
Tanya juga kawan yang guna online ticket, ada yang guna Agoda.com dan dapat harga yang murah juga, sama dengan yang aku dapat. Jadi lepas ini memang tempah online sahaja la guna laman web online tiket tu. Esok lepas sesi pertama, kena balik terus sebab nak kejar solat Jumaat. Minggu depan mula kerja dan minggusatu lagi, kuliah bermula.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Review Buku: The 5 am Club - Robin Sharma

Sarapan Pagi di Sri Petaling

Satu kehidupan baru, sebuah putaran hidup