Jom Kita Mulakan Larian





"Buang masa dan tenaga je kau masuk berlari sana sini"

"Apa kau dapat bila join larian-larian ni? Sakit badan adalah"

"Bosanlah berlari jauh-jauh ni"



Mungkin ini yang banyak diperkatakan bila disebut berkenaan larian. Ya, bukan mudah sebenarnya tetapi ramai yang mampu lakukan. Jadi ia semestinya tidak mustahil. Program maraton dan sebagainya semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat Malaysia. Tidak pasti sama ada orang Malaysia semakin sedar untuk menjalani kehidupan yang sihat atau hanya trend semata-mata.

Boleh Kurus Ke Kalau Berlari.

Jawapan saya semestinya TIDAK. Kerana apa? Sebab untuk kurus perlu ada kombinasi pengawalan makanan, kawalan kalori dan juga senaman. Tetapi semestinya dengan berlari, kita bersenam dan membakar kalori. Yang penting adalah konsisten. Bukannya minggu ni berlari, rehat dua minggu. Alamatnya makin bertambahlah berat.

Apa yang pasti, dengan berlari mampu meningkatkan kadar penyerapan oksigen dalam badan. Badan akan terasa lebih ringan serta kurang merasa mengah. Walaupun tubuh badan kita akan terasa lenguh-lenguh, tetapi kita akan merasa lebih segar dan anda akan rasa mood juga berubah kepada lebih tenang dan ceria. 

Seronok Ke Lari?

Seronok atau tidak bergantung pada diri masing-masing. Berbanding sukan lain, sukan larian banyak melibatkan kekuatan mental dan fizikal sendiri dan tidak memerlukan skil atau teknik-teknik yang pelbagai. (Jangan silap, larian juga memerlukan teknik yang betul. Cumanya ia tidaklah serumit sukan lain seperti badminton atau bola sepak) Mungkin agak membosankan juga sebab kita perlu berlari 12 km, 21 km atau 42 km secara berterusan.

Jadikan ia peluang untuk kita refleksi diri. Disamping itu, kita akan beradu kekuatan mental untuk meneruskan larian dan mengatasi kemampuan fizikal kita sendiri. Ia seperti kita bercakap dengan diri sendiri, memberi motivasi atau mungkin juga tewas dengan hasutan diri untuk mengalah.

Target perlu ditetapkan lebih awal. Jangan cuba untuk mengikut orang lain kerana setiap orang mempunyai kapasiti yang berbeza. Jika anda tengok pelari dari Afrika yang banyak mendominasi maraton utama di Malaysia, semestinya ia di luar kemampuan kita. Jadi tetapkan target dan cuba capai target kita sendiri. Kekerapan tiga kali seminggu untuk sekurang-kurangnya 40 minit untuk satu sesi sudah mencukupi.

Apa Yang Perlu Ada?

Banyak aplikasi telefon yang boleh digunakan untuk menilai dan melihat kemapuan kita. Aplikasi yang menggunakan GPS untuk mengesan pergerakan kita supaya dapat mengukur jarak larian dan tempoh masa yang diambil. anda boleh cuba aplikasi Runtastic atau Strava jika menggunakan telefon bimbit android.

Asics Galaxy. Ada gel di tumit. Sangat-sangat selesa.

Kasut pula bagi pendapat saya adalah yang terpenting dalam larian. Menggunakan kasut khas untuk larian sangat-sangat membantu mengurangkan risiko kecederaan dan meningkatkan prestasi larian anda. Selain itu, pakaian yang selesa juga perlu diambil perhatian. Jadi, carilah kasut yang benar-benar sesuai dan selesa. Tidak perlu mencari kasut berharga 300 ke 400 ringgit. Masih banyak pilihan untuk kasut dibawah RM 200. Stokin pun jangan dilupakan.

Banyak lagi gajet yang sesuai untuk larian seperti smart watch yang mana boleh digunakan untuk mengesan kadar degupan jantung dan boleh dipadankan dengan perisian di dalam telefon. Walau bagaimanapun, saya suka untuk kita mulakan dahulu larian. Mungkin 2 km pada peringkat awal. Pastikan rehat mencukupi dan kerap minum air masak.

Jom kita mulakan larian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Review Buku: The 5 am Club - Robin Sharma

Sarapan Pagi di Sri Petaling

Satu kehidupan baru, sebuah putaran hidup