Pemimpin Oh Pemimpin
Mempunyai pemimpin yang objektif dalam segenap keputusan sangat-sangat menyukarkan. Semuanya ikut buku walhal buku juga ciptaan manusia. Apabila terlalu terikat, maka hilanglah nilai kemanusiaan dalam setiap keputusan. Maka jadilah organisasi itu kaku dan lesu. Maka bolehlah diserahkan kepada robot-robot untuk membuat keputusan.
Apa pentingnya 'musyawwarah' jika semua sudah diputuskan? Itukah yang kita cari?
Sebagusnya, tidak perlu lagi mesyuarat berjam-jam. Semestinya itu tidak berlaku, kerana mesyuarat juga adalah aturan dari 'buku'.
Ulasan
Catat Ulasan