"How to Win Friends & Influence People" by Dale Carnegie




Buku ni baru sahaja habis dibaca. Memang menarik, buku ni yang pada asalnya adalah nota kuliah bagi Dale Carnegie untuk kursus yang di ajarnya di universiti. Pertama kali diterbitkan pada 1936, sudah melebihi 70tahun buku ini bertahan dan beberapa kali dicetak semula. Buku ini adalah revised edition yang telah diubah sedikit untuk disesuaikan dengan masa oleh Dorothy Carnegie.
Tajuk simple, tapi isi sangat padat dengan contoh-contoh menarik terutama dari tokoh-tokoh terkenal. Bidang Dale dalam komunikasi berkesan dan juga hubungan manusia menyebabkan buku ini sangat penting sebagai rujukan pertama ketika itu.
Beliau menerangkan betapa pentingnya memahami sifat manusia supaya kita dapat bertindak dengan tepat. Antara point-point penting yang disebut adalah nama. Setiap orang sangat berbangga dengan nama masing-masing. Jika semasa belajar, kita mesti gembira apabila cikgu atau pensyarah mengingati nama kita. Begitu juga orang lain, mereka akan merasa dihargai jika kita mengingati nama mereka walaupun nama panggilan, apatah lagi nama penuh. So ini tips penting sama ada korang bos, orang bawah, bisnes sendiri atau apa sahaja, mengingati nama sangat penting untuk kita menarik minat orang terhadap kita.
Yang lain? ohh terlalu banyak yang hendak diceritakan. Korang patut baca buku ni untuk memajukan diri.

So gunalah kesempatan Pesta Buku di PWTC untuk mendapatkan buku-buku menarik.

Adios

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Review Buku: The 5 am Club - Robin Sharma

Sarapan Pagi di Sri Petaling

Satu kehidupan baru, sebuah putaran hidup