Tahniah buat Fattah dan Siti Nadilah
Hari sabtu yang lepas saya, Karok, Chuban dan Aifa bergerak ke Manjung, Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan Fattah dan Siti Nadilah. Asalnya rancang pergi dengan Naim, tapi perancangan berubah sebab Naim kena pergi ke MRSM Kubang Pasu pada hari Jumaat untuk melawat adik dia, maka dia akan bergerak terus dari Kedah ke Manjung.
Pukul 9.30 saya dah ada di Summit Subang bersama Karok, sempat juga lah sarapan sementara tunggu Chuban dengan Aifa. Jam 10.30 pagi kami bergerak menaiki dua kereta, terus melalui Kelana Jaya - USJ Link ke NKVE seterusnya ke PLUS. Perjalanan di lebuhraya semuanya lancar, kenderaan tak banyak pun. Lebih kurang pukul 12.00 kami sampai ke susur keluar Bidor. Masih ada lebih kurang 100km untuk sampai ke Manjung. Agak risau juga, sebab tak pernah pergi ke Manjung, harap-harap tak sesat lah. Terima kasih kepada Mahirah sebab bagi penunjuk jalan. Lebih kurang 2 jam melalui jalan kampung, melintasi pekan Teluk Intan, akhirnya sampai juga di Manjung. Agak mudah mencari rumah pengantin sebab banyak penanda di pasang. Perut pun lapar, tak lama selepas itu, Kimi dan Naim pun sampai. Shafik dah lama menuggu kami, tak tau lah dah berapa round dia makan.:-)
Sempat jumpa pengantin perempuan sahaja, kami pun makan lah, dah lapar sangat ni. Tidak lama selepas itu, Bob dan isteri serta anaknya berumur 8 bulan pun sampai. Lama juga tak jumap, bila lepak sama-sama macam-macam cerita keluar.
Ni sedikit gambar masa di rumah pengantin;
Apa yang korang bincang tu.
Muka-muka kekenyangan.
Sempat lagi pengantin buat gaya.
Dari kiri depan: Shafik, Karok, Naim Chuban.
belakang: Saya, Fattah, Nadilah, Aifa.
Selepas majlis, kami pun perki ke rumah Kimi yang terletak berdekatan dengan kawasan rumah pengantin. Lama juga kami bersembang mengimbau kisah lama, cerita dari tingkatan 1 lagi bila diingat kembali, rasa rindu dengan suasana tersebut. Lebih kurang jam 6.00 petang, selepas solat kami pun bergerak pulang. Baru sahaja lepas kawasan Manjung, hujan turun dengan lebatnya. Jalan tak nampak dan semua kenderaan bergerak perlahan. Nasib baik ada lori di hadapan sebab lampu kuning macam lampu polis tu sahaja yang menjadi panduan.
Dalam pukul 10.00 kami pun sampai ke KL. Cuna Chuban je yang meneruskan perjalanan ke Melaka. Lepas ini banyak lagi kenduri yang perlu dihadiri. Harap dapat bergerak seperti ini, lebih meriah.
Ulasan
Catat Ulasan