Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

Hilangnya Keilmuan dan Keadaban

Apabila politik menjadi modal, sama ada di kumpulan whatsapp, media sosial atau di kedai mamak, seringkali menjadi perbalahan. Apa yang menyakitkan, perbincangan tidak lagi berasaskan fakta tetapi emosi dan sokongan. Rakyat masih lagi terikat dengan politik kepartian, setia dengan parti walau pemimpinnya gobrok. Tidak bolehkah kita melihat tanpa berada di pihak mana-mana pihak sama ada UMNO, PPBM, PAS atau PKR? Penat melihat jika yang tidak menyokong PH, segala benda yang dibuat kerajaan adalah salah. Kalau penyokong PH pula, apa yang dibuat kerajaan semuanya baik. Penat dan memenatkan. Walhal banyak perkara yang boleh diperbahaskan. Tidak bolehkah kita berusaha untuk mencari jalan terbaik? Kerana akhirnya kita juga yang menerima manfaatnya. Bukan menyalahkan, tetapi menyelesaikan. Supaya ia tidak diburukkan lagi keadaannya. Penat dan memenatkan. Sampai bila politik kepartian dan perkauman ini berterusan? Mungkinkah kita sampai masanya nanti, memilih pemimpin bukan lagi dilihat ke