Vaksin
Cucuk vaksin bukan kerana kita yakin kepada vaksin. Tetapi keyakinan itu bulat hanya kepada yang Esa. Mengambil vaksin hanya lah sebagai usaha dan ikhtiar dalam menangani virus. Ya virus Covid-19, makhkuk ciptaan Tuhan sebagai ujian buat manusia. Vaksin tidak menyembuhkan, tetapi Allah menyembuhkan. Vaksin dan Covid tidak mematikan kita. Tetapi kematian kita telah lama ditetapkan di Loh Mahfuz. Kematian yang pasti. Tidak awal dan tidak lewat. Sesungguhnya keyakinan hanya kepada Ilahi. Tiada daya ke atas diri ini melainkan dengan izin-Nya. Vaksin dicipta atas akal dan pemikiran manusia yang diberi Tuhan dalam usaha menghalang penyebaran makhluk yang sangat kecil. Maka usaha kita mengambil vaksin adalah ikhtiar kita mengubah dari satu takdir, ke takdir yang lain. Seterusnya kita bertawakal. Tidak mengambil vaksin juga adalah pilihan perlu atas keyakinan kepada Tuhan. Kerana penyakit itu datang dari Pemilik Kuasa, maka penyembuhnya juga dari Pemilik Kuasa. Tidak lah vaksin itu hatta virus