Kenduri, Mee Bandung dan Kasut Hilang..
Lama juga saya tak menulis, disebabkan kesibukan untuk persediaan pembentangan di seminar tidak lama lagi. Kali ini, saya ingin menulis tentang perjalanan kami ke Batu Pahat, Johor. Dari Kuala Lumpur menyusuri PLUS memang cepat. Lebih kurang 3 jam sahaja sudah sampai. Jadi saya, Naim dan Shimi bergerak dari Ampang jam 11.00 pagi menaiki kereta Naim. Kemudian singgah ke Bangi mengambil Zhafran. Maka kami meneruskan perjalanan. Oh ya, tujuannya adalah menghadiri kenduri kahwin kawan sekolah kami dahulu di MRSM, Saudara Taufiq atau biasa dipanggil Maula. Perjalanan di lebuh raya hanya sampai di susur keluar Tangkak, kawan kami Najib menunggu di Muar untuk bergerak sekali ke kenduri. Kami tiba di Sungai Abong Muar jam 1.00 petang. Disebabkan Zohor pun dah masuk, kami singgah lah solat berjemaah di Masjid. Al-kisahnya, selesai solat, kasut saya sudah tiada. Emm tak terkata dibuatnya sebabkan baru dua kali memakainya. Memang ada rasa tidak sedap hati semasa awal-awal lagi, jadi dialihkan kas