Berjalan ke Bandung Part 1
Pertama kali ke bandung, kali kedua ke Indonesia. Pada mulanya tiada mood untuk ke Bandung, tapi disebabkan ada konferen, maka diri ini dipaksa-paksa untuk pergi juga. Kami bertiga (Prof Keshav dan Noriza) menaiki AirAsia pada pagi Isnin dan turun ke Jakarta. Asalnya saya ingatkan perlu turun di Jakarta disebabkan Prof Keshav perlu dapatkan VOA dan lapangan terbang Bandung tiada dalam senarai. Selepas tiket penerbangan dibeli baru diketahui yang VOA boleh diambil juga di Bandung. Alamatnya kena jalan jauh lah. 3 jam perjalanan dari Jakarta ke Bandung. Setiba kami di lapangan terbang Jakarta, maka Prof mengambil kereta sewa (Suzuki APV) yang harganya RM100 seorang. Aduh bankrap la macam itu, tak sempat menghalang. Asalnya mahu menaiki Cipaganti, lebih murah RM30 sahaja, atau pun menaiki keretapi. Walau bagaimanapun sudah terlambat. Faham-faham sahaja, mereka ini jenis memaksa. Kita rasa serba salah dibuatnya. Jadi perjalanan ke Bandung lancar. Keadaan trafik masih terkawal disebab