Menginsafi Perjalanan 39 Minggu
![Imej](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8wTkteoZz5sIMYbw89nZ-M5jKJXiUg39y2F-aTruFM9dWFzslO7iRXty8lteADwTteQYTrGhtpMOptX14aRlogYOl1kAvYiDkJPcFxMXBf9fYKT67ZtYfuWoxorrZp-zOJ1WvvKj5lily/s320/Baby-on-bed1.jpg)
Selama ini, melihatkan ibu-ibu yang mengandung adalah perkara biasa yang menjadi fitrah kehidupan. Semestinya seorang lelaki tidak akan mengalaminya, walaupun setiap manusia kecuali Nabi Adam dan Hawa, keluar dari perut ibu masing-masing. Tetapi, melihat bagaimana isteri saya mengandung sungguh menginsafkan. Kini kandungan isteri sudah genap 39 minggu. Sering kali berlegar-legar di kepala, bagaimana mak ketika mengandungkan saya dahulu? Dengan tubuh mak yang kecil ditambah saizku yang besar, pasti sukar. Alhamdulillah, isteriku tidak mengalami masalah-masalah rumit selama 39 minggu ini. "Morning sickness" juga tidaklah sampai muntah-muntah. Cuma keletihan dan rasa pening-pening. Selepas melalui 3 bulan pertama atau dipanggil trimester 1, semuanya kembali seperti biasa. Tidak lagi pening-pening lalat di waktu pagi. Rasa-rasa loya juga berkurangan. Lega juga melihat selera isteri yang tidak berkurang sejak awal kehamilan, malah bertambah-tambah. Bersembang dengan rakan-r...