Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Pahit Manis 2015

Imej
Assalamualaikum, Bertahun lamanya blog ni sunyi sepi. Baru sekarang terdetik kembali nak menulis. Tahun 2016, selepas pelbagai perkara berlaku di 2015. Januari 2015:- ditipu pemilik rumah Hujung 2014, tuan rumah di Apartment Anggerik yang kami sedang sewa telah menelefon. Bunyinya berat nak diluahkan, rupanya dia ingin masuk kembali ke rumah yang disewakan kat kami. Jadi, kami kena keluar sebelum Februari 2015. Masalahnya, rumah yang aku beli masih belum siap dan sewa masa sekarang ni tersangatlah mahal (masa ni kami sewa dalam RM 400 sebulan sahaja). Pada mulanya, kami jumpa rumah sewa di Semarak 2, Nilai dan berjaya di"booked". Kira dekatlah nak pergi USIM. Tapi pada saat-saat akhir terpaksa dibatalkan sebab orang yang menyewa di Semarak tu tak nak keluar. Jadi, kami terpaksa cari rumah yang lain dan jumpa juga di Semarak. Lepas deposit dibayar, tiba-tiba dia tidak dapat dihubungi. setelah beberapa hari mencuba, memang sah aku kena tipu. Masa tu tinggal sebul