Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019

Anak Tanpa Gajet. 6 Cara Mengurangkan dan Menghentikan Ketagihan Anak Terhadap Gajet.

Gajet sudah menjadi sebahagian dari kehidupan generasi sekarang. Semestinya, tanpa gajet terutamanya telefon bimbit pasti meresahkan walaupun hanya sebentar. Kebergantungan dan keterikatan terhadap gajet sangat berkait dengan meningkatnya teknologi seperti internet yang pantas dan meluas, telefon pintar yang pantas, pengisian (content) seperti apps, media sosial, video yang banyak masa kini. Malah bertambah juga medium pembayaran seperti ewallet dan NFC menjadikan kita semakin sukar berenggang dengan gajet. Tetapi bagaimana pula dengan anak-anak kita? Dengan dunia tanpa sempadan kini, peluang anak-anak ini terdedah dengan pelbagai maklumat tanpa kawalan. Apa yang merisaukan, kanak-kanak yang berumur kurang 10 tahun juga dilihat terdedah kepada gajet tanpa kawalan. Malah kita boleh kata yang mereka ini sudah sampai tahap ketagih kerena ketidakmampuan mereka menilai dan mengawal. Jadi sebagai ibubapa, pakcik makcik dan atuk nenek perlu mengawal penggunaan gajet kepada kanak-kanak. Kesa