Menelusuri Bukit dan Lembah - Pos Kuala Mu
Berkhemah di Kampung Gebeh Pos Kuala Mu, Sungai Siput Perak. Tempahan dibuat 3 minggu awal. Hampir-hampir dibatalkan hasrat akibat si kecik demam dan juga musim hujan dan tanah runtuh. Kebetulan laluan ke Cameron Highland juga mengalami tanah runtuh. Jumaat. Persiapan terakhir. Kereta pun hantar untuk 'alignment' dan 'balancing'. Isi minyak siap-siap dan topup touch n go. Perancangan untuk bergerak dari rumah jam 4 pagi. 4.30 pagi kami bergerak dari exit Putrajaya melalui lebuhraya Elite. Berhenti solat Subuh di RnR Tapah. Tak sangka pula ramai orang berhenti di Tapah. Akhirnya kami solat di surau Shell RnR Tapah. Selesai solat, dalam jam 7 pagi, kami pun terus bergerak ke Utara. Berhenti di RTC Simpang Pulai dahulu untuk isi minyak sebelum meneruskan perjalanan. Untuk ke tempat perkhemahan, kami kena melalui Ipoh sebelum ke Chemor dan Sungai Siput. Plan asal ingin bersarapan di Ipoh. Melihat pencarian di Google kami jumpa satu kedai yang 'review' sa