Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2022

Mencari Kebaikan dalam Berlari

Imej
Perkara biasa yang didendangkan sama ada di media sosial, surat khabar atau majalh kesihatan, berlari memberi banyak kebaikan. Tapi betul ke?  Bukan ke sakit badan, sakit kaki, sakit lutut lepas berlari?  Ada yang sakit jantung sebab berlari, sihat sangat ke tu? Banyak perkara yang perlu diambil kira untuk berlari. Ada yang berlari santai, ada yang mengejar masa dan kelajuan, ada pula berlari untuk menghilangkan stress dan pelbagai lagi. Saya ceritakan di sini, apa kebaikan yang saya dapat apabila kerap berlari. Lebih baik saya ceritakan dari pengalaman saya dan apa yang saya nampak, rasa dan dengar. Betul tak? 1. Pernafasan Ini perkara yang saya selalu perasan apabila kerap berlari, pada waktu-waktu biasa kita akan rasa lebih selesa bernafas. Apa sebelum ni tak selesa ke? Pernah kan rasa nak tarik nafas terasa berat? Atau, rasa seperti ada sesuatu dalam rongga pernafasan kita. Ada pula tiba-tiba rasa lubang hidung mengecil, rasa sempit sahaja ruang bila kita tarik nafas. Apabila kita