Pelajar Universiti Generasi Z: Manja atau Genius?
Baharu sahaja berdesup mesej dalam kumpulan whatsapp membincangkan isu seorang pelajar yang bermasalah. Masalah yang mana mengusarkan kami para pendidik. alhamdulillah dihadirkan dalam kalangan kami yang diberi kelebihan dapat membantu pelajar ini. Pada masa yang sama, berdentum isu pelajar-pelajar universiti di media-media. Bermula dengan isu 'intern' yang dibayar rendah, maka bermulalah kempen 'intern' bukan buruh murah ('cheap labour'). Timbul pula isu pelajar universiti menari berjoget di konsert dalam kampus. Al-hasilnya, semua program pelajar dibekukan. Pagi ini, muncul berita, "Pensyarah perlu ajar pelajar adab menulis surat mohon penempatan latihan industri atau memohon kerja". Kami pensyarah pula yang kena. Semua ini berlaku menyebabkan masing-masing mempersoalkan bagaimana generasi 'online' ini akan melayari hidup. Jika diambil kira, generasi sekarang boleh dikatakan 'tech savvy'. Serba-serbi tahu berkenaan teknologi, hatta se