Pelajar Universiti Generasi Z: Manja atau Genius?

Baharu sahaja berdesup mesej dalam kumpulan whatsapp membincangkan isu seorang pelajar yang bermasalah. Masalah yang mana mengusarkan kami para pendidik. alhamdulillah dihadirkan dalam kalangan kami yang diberi kelebihan dapat membantu pelajar ini.

Pada masa yang sama, berdentum isu pelajar-pelajar universiti di media-media. Bermula dengan isu 'intern' yang dibayar rendah, maka bermulalah kempen 'intern' bukan buruh murah ('cheap labour'). Timbul pula isu pelajar universiti menari berjoget di konsert dalam kampus. Al-hasilnya, semua program pelajar dibekukan. Pagi ini, muncul berita, "Pensyarah perlu ajar pelajar adab menulis surat mohon penempatan latihan industri atau memohon kerja". Kami pensyarah pula yang kena.

Semua ini berlaku menyebabkan masing-masing mempersoalkan bagaimana generasi 'online' ini akan melayari hidup. Jika diambil kira, generasi sekarang boleh dikatakan 'tech savvy'. Serba-serbi tahu berkenaan teknologi, hatta semuanya dihujung jari melalui media sosial. Tetapi kenapa ini semua berlaku?

Mengambil contoh, penulisan surat atau email untuk memohon kerja atau latihan industri. Walhal universiti telah pun menyediakan kursus khas untuk mengajar pelajar bukan sahaja menulis email atau surat, malah membuat resume dan menjalani temuduga. Tidak cukup kah? Atau pelajar itu sendiri tidak ambil kisah? Program ada, tapi tidak hadir. "Pihak universiti perlu wajibkan pelajar hadir". Masih perlu dipaksa? Walaupun sudah baligh, boleh mengundi tapi program seperti ini juga perlu dipaksa?

Apa yang pelik, jika dikatakan mereka ini 'tech savvy', kenapa mereka tidak menggunakan kemahiran tersebut. Banyak contoh-contoh, templat dan penerangan terpampang di media sosial seperti tik-tok, twitter dan youtube. Boleh ikut sahaja. Tak boleh buat juga ke?

Kini, sudah ada program berasaskan kepandaian buatan (A.I.) seperti chatgpt. Boleh sahaja minta chatgpt menyiapkan sekeping surat untuk memohon kerja. Tak boleh juga ke?

Persoalan ini semakin membingungkan. Apa yang terjadi kepada merekan ini. Adakah PKP yang lalu memberi impak seperti ini, atau kerana wujudnya sikap tidak endah.

Entahlah. Saya sendiri masih termangu mencari jawapan. Masih lagi terlekat dengan persoalan, "Apa sudah jadi dengan generasi Z?" 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Review Buku: The 5 am Club - Robin Sharma

Sarapan Pagi di Sri Petaling

Satu kehidupan baru, sebuah putaran hidup